web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Bukan Benci Calon, Tapi Tolak BN Kerana Zahid – Annuar Musa

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 9:09PM

Annuar Musa - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) bukan kerana mereka membenci bertanding, tetapi bagi menzahirkan kemarahan terhadap Pengerusi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Zahid yang juga Presiden UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima keputusan dizahirkan rakyat.

Menurut beliau, pemimpin yang gagal perlu ada kesedaran moral untuk berundur.

Sidang media berkenaan dihadiri sejumlah Ketua Bahagian, termasuk Ketua UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Sidang media berkenaan dihadiri sejumlah Ketua Bahagian, termasuk Ketua UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-150, kita lihat naratif yang dibawa kepemimpinan telah gagal. Bila gagal, kena ada moral obligation.

“Presiden hendaklah mengundurkan diri supaya kita boleh bernafas, supaya tak mengelupur di dalam lumpur. Itulah yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak (mantan Presiden UMNO). Itu yang patut Presiden sekarang lakukan,” katanya dalam sidang media di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Sidang media berkenaan dihadiri sejumlah Ketua Bahagian, termasuk Ketua UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Annuar berkata rakyat telah memberi signal mereka menolak Zahid, bukan menolak calon.
Annuar berkata rakyat telah memberi signal mereka menolak Zahid, bukan menolak calon.

Annuar yang digugurkan daripada mempertahan kerusi Ketereh pada PRU-15 berkata, perjalanan parti akan menemui kehancuran sekiranya terus dikemudi nakhoda yang gagal.

“Parti letakkan 80 peratus calon muka baharu. Kita ada poster boy yang cemerlang iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tapi kenapa ditolak? Rakyat beri signal mereka menolak Zahid, bukan menolak calon, bukan kerana mereka nak BN kalah.

“Kekalahan kita kerana presiden dilihat terlalu menguasai parti. Beliau adalah liabiliti kepada UMNO. Benda ni pahit tapi kalau kelangsungan UMNO nak diteruskan, Datuk Seri Zahid kena berundur dari saf,” tegasnya.

Jelasnya, UMNO dianggap mempertahan pemimpin yang tidak memiliki integriti dan perlu menanggung akibat apabila rakyat sudah membuat keputusan.

“Kita cuba pertahankan pemimpin, kita tak ada personal dengan sesiapa. Kita pertahankan Najib dengan gigi dan lidah sedangkan jika mengikut perlembagaan (parti), sesiapa yang ada kes mahkamah perlu mengosongkan jawatan,” katanya.

Tajuddin Abdul Rahman turut hadir pada sidang media ini.
Tajuddin Abdul Rahman turut hadir pada sidang media ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara menegaskan, ahli lebih rela jika barisan kepemimpinan menerima mandat rakyat, sekali gus duduk di kerusi pembangkang sambil menumpukan kepada usaha membaik pulih parti.

“Kami (BN) tak mahu merangkak untuk duduk dalam kerajaan. Kami lebih rela duduk sebagai pembangkang yang berwibawa,” katanya.

Annuar menarik perhatian, UMNO tidak perlu menjadi peminta sedekah kepada sesiapa semata-mata untuk terus berkuasa.

“Kalau kita masuk sebagai minority dalam mana-mana parti, kecuali nak ajak kita bergabung dan Perdana Menteri daripada UMNO.

“Tak kisah sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), Perdana Menteri daripada UMNO kami akan sokong,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Abas @ Mat Ghani berkata, sejumlah besar Ketua Bahagian pada dasarnya sepakat dengan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana gabungan dan menerima hakikat mereka kini berada di blok pembangkang.

“Lima tahun..ala parti lain boleh jadi pembangkang 50-60 tahun, takkanlah UMNO tak boleh jadi pembangkang untuk lima tahun,” katanya. – Getaran, 21 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka