web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Kerajaan Perpaduan Tak Bermakna Jual Prinsip Parti - Azalina

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 11:56AM

Azalina Othman Said - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, tidak bermakna perlu menjual prinsip dan dasar sesebuah parti. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebaliknya mereka boleh bersetuju untuk melaksanakan manifesto secara bersama. 

Menurut beliau, setiap parti boleh memasukkan seluas mungkin janji parti masing-masing di dalam manifesto tersebut.

"Ini membolehkan parti berkenaan mengekalkan prinsip dan dasar masing-masing serta memastikan pengundi tidak rasa tertipu.

"Pembentukan kerajaan yang merangkumi parti dan gabungan berbeza boleh dilihat sebagai gabungan besar dan disifatkan 'Gabungan-Pasca PRU-15'," katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Twitternya, hari ini. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Perpaduan demi negara dan rakyat.

Seri Paduka Baginda turut menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian kerajaan baharu itu. 

Mengulas lanjut, Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan yang juga dikenali sebagai gabungan besar ditubuhkan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan.

Katanya, sebagai contoh Kerajaan Perpaduan Nasional di Afrika Selatan dibentuk pada era pasca-apartheid untuk mengeset semula negara itu selain Kenya juga dibentuk menerusi platform terbabit selepas krisis politik pada 2007. 

"Selain itu, Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada dua parti politik terbesar bersama parti lebih kecil, kebanyakannya mempunyai ideologi berbeza, juga dibentuk apabila tiada satu blok yang memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Benua Eropah menyediakan banyak contoh kontemporari di mana gabungan besar ini dibentuk. Malaysia adalah contoh yang mengharukan," katanya. 

Sementara itu, Azalina berkata, bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Perdana Menteri mestilah menjadi urusan pertama.

"Sebelum pengenalan Perkara 49A mengenai Undang-undang Larangan Lompat Parti yang baharu, parti politik tidak dianggap relevan dalam pelantikan Perdana Menteri kerana Perkara 43(2)(a) secara tersirat merujuk kepada "kerajaan Ahli Parlimen". 

"Melalui pindaan Perkara 10 mengenai sekatan ke atas Ahli Parlimen untuk lompat parti, Perkara 49A mengenai Undang-undang Larangan Lompat Parti dan pengenalan istilah parti politik di bawah Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan kini secara jelas mengiktiraf parti politik sebagai 'watak perlembagaan' dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan," katanya. 

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, terdapat beberapa varian perpaduan politik lain, antaranya kerajaan majoriti kuat dengan pembangkang bertanggungjawab atau kerajaan minoriti.

"Kini terpulang kepada parti politik untuk mengenepikan agenda peribadi dan perbezaan demi mengutamakan rakyat, sekali gus sebagai tanda penghormatan kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

"Seri Paduka telah menitahkan segera menyelesaikan krisis politik yang menyebabkan Parlimen tergantung dengan penubuhan kerajaan perpaduan," katanya.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas titah penyelesaian itu yang jelas mendahulukan rakyat dan menggalakkan kerjasama antarabangsa, agama dan daerah. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 52 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 58 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok