web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Saranan Agong, Tiada Keperluan Desak Zahid Berundur

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 1:01PM

Penyokong Zahid berkumpul bagi memberikan sokongan kepada Presiden UMNO dan BN itu, di Menara Dato’ Onn, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan membuktikan mereka mahu mengangkat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Jurucakap penyokong Zahid, Datuk Dr Ramalan Yunus berkata, seharusnya tidak wujud pertikaian daripada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) susulan titah saranan Yang di-Pertuan Agong agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Dr Ramalan Yunus
Dr Ramalan Yunus

"Masih ramai menyokong Presiden (UMNO dan Pengerusi BN), yang sokong (Muhyiddin) itu golongan kluster Menteri yang mahu Zahid berundur.

"Perjuangan kita jelas, pertahan institusi Raja dan apabila nak tubuh Kerajaan Perpaduan kami setuju dengan cadangan itu," katanya kepada pemberita di Menara Dato’ Onn, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin dalam kalangan BN seharusnya menyokong pendirian Zahid untuk tidak bersama PN bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, keputusan bagi merealisasikan Kerajaan Perpaduan adalah saranan Yang di-Pertuan Agong dan perkara itu sudah melangkaui permintaan parti.

"Sepatutnya, tiada pertikaian kerana tempoh kempen sudah selesai kerana rakyat dah buat keputusan.

"Sekarang ini tubuh kerajaan dah di peringkat Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu di mana ia sudah melangkah parti. Saya harap semua faham," katanya.

Ramalan (kanan) bersama penyokong Zahid di Menara Dato Onn.
Ramalan (kanan) bersama penyokong Zahid di Menara Dato Onn.

Dalam pada itu, Ramalan berpandangan, terdapat keperluan untuk Lembaga Disiplin meneliti agar sebahagian pemimpin diambil tindakan tegas disebabkan desakan mereka menyebabkan UMNO dan BN menerima tempias negatif pelbagai pihak, khususnya rakyat.

"Itu bergantung pada Lembaga Disiplin dan sekiranya terbukti melakukan kesalahan boleh diambil tindakan.

"Bila rakyat dah buat keputusan tiada mana-mana parti politik menjadi juara, kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan perkara itu (menubuhkan kerajaan).

"Seharusnya rakyat menghormati keputusan Seri Paduka selepas membuat keputusan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara (kedua) iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita sejurus selepas menghadap Seri Paduka memberitahu, Yang di-Pertuan Agong memberikan tempoh masa untuk gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.

Pada masa sama, beliau berkata, Seri Paduka menitahkan bahawa wujud keperluan agar kerajaan yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah kerajaan yang kukuh.- Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 51 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula