web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Cerminan Citra Malaysia

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:23PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan encerminkan kerajaan yang mewakili citra Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan kerajaan yang mewakili citra Malaysia. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia berikutan Jemaah Menteri yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum dengan teras dan tunjangnya adalah Islam Melayu-Bumiputera. 

Menurutnya, secara umum, komposisi Menteri Kerajaan Perpaduan dengan 20 orang atau 70 peratus Ahli Parlimen yang dilantik adalah Melayu-Bumiputera dan beragama Islam

“Antara perkara asas penting yang menjadi intipati dan disepakati dalam dokumen perjanjian kerjasama pembentukan Kerajaan Perpaduan serta dijadikan syarat utama Barisan Nasional (BN) kepada PH, adalah memastikan mengambil langkah perlu supaya menjamin dasar, program, pendirian, perlakuan dan pembawaan kerajaan. 

“Ini termasuk wakil parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk menjunjung peruntukan Perlembagaan berhubung kedudukan Islam, Melayu/Bumiputra, Raja-Raja Melayu serta Bahasa Melayu agar tidak mengguris atau melanggar kepentingannya serta institusi berkaitan.

“InsyaAllah, perjanjian (BN-PH bentuk Kerajaan Perpaduan) ini akan dijadikan dokumen untuk tatapan umum selepas pembentukan Kabinet, bukan seperti perjanjian sulit sebelum ini yang mencetuskan keresahan banyak pihak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Reaksi Ketua Pemuda BN itu mencetuskan respons pelbagai pihak khususnya penyokong Perikatan Nasional (PN), sehingga beliau menulis kenyataan tambahan menerusi ruangan komennya. 

Beliau mempersoalkan kenapa ramai ‘koyak’ (melenting) dan cuba mengambil kenyataan lamanya yang tidak lagi relevan.

Asyraf Wajdi menegaskan, politik adalah dinamik, perubahan pendirian politik banyak bergantung kepada situasi zaman tersebut.

“Kalau nak ungkit, boleh lihat pendirian PAS ketika mendukung DAP menubuhkan Kerajaan Selangor dan Perak pada tahun 2008. Waktu itu fatwa PAS, bersahabat dengan orang kafir lebih afdal, berbanding dengan orang Islam yang zalim. 

“Malah (tindakan) PAS boleh bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menggelarkannya sebagai parti ajaran sesat juga, menunjukkan bagaimana PAS mengamalkan politik pragmatik dan berfatwa mengikut kepentingan serta percaturan politik mereka,” katanya. 

Lantaran itu, Asyraf berkata, hari ini UMNO berhak membuat pendirian baharu dengan mengangkat keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menghadapi PRU-15 tidak bersama Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). 

“Akur dengan Titah Tuanku agar negara boleh bergerak dengan stabil, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) BN membuat keputusan baharu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan disertai parti komponen yang sebelum ini, menjadi musuh politik UMNO, terutamanya PKR dan DAP.

“Apakah bila PAS pernah ‘bergabung’ dengan DAP maka halal, tetapi apabila UMNO pula bergabung difatwa haram,” soalnya. 

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang membariskan 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). - Getaran, 3 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan