web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Status Masih Jadi Persoalan, Video Mahligai Mewah Asri Pula Tular!

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 7:00AM

Sebahagian paparan hiasan dan rekaan dalaman serba mewah rumah agam didakwa milik Asri Hamidin. - Gambar tangkap layar dari Facebook Anwar Ibrahim PM Rakyat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di kala status Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon masih menjadi teka-teki, netizen dikejutkan dengan penyebaran sebuah video lama yang memaparkan keindahan kediaman peribadi milik beliau.

Video berdurasi seminit itu antara lain ‘menayangkan’ hiasan dan rekaan serba mewah rumah agam tersebut, yang lebih layak disebut sebagai mahligai, berdasarkan saiz dan ruang ditunjukkan.

Ia dimuatnaik sebuah laman politik di Facebook, dikenali sebagai Anwar Ibrahim PM Rakyat pada 1 Julai 2021.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah Asri, isteri dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak pasangan berkenaan.

Menerusi keterangan isterinya, kediaman dipercayai di Putrajaya itu baru sahaja menjalani pengubahsuaian dan penyusunan semula oleh sekumpulan individu dikenali sebagai Skuad Dekorasi.

Difahamkan, Skuad Dekorasi ialah syarikat hiasan dan rekaan dalaman berkonsep mewah. 

Menerusi video terbabit, netizen diperlihat dengan rekaan eksklusif serta mewah di setiap ruang, termasuk bilik tidur utama yang menerapkan unsur dan perincian moden.

Status Asri mula menjadi persoalan apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, beberapa hari lalu.

Kelibat Asri juga gagal dikesan dalam sidang media yang dihadiri Anwar, sejurus selepas mendengar taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri pada sidang media terbabit turut menyentuh perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu.

Getaran semalam melaporkan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pegawai di Putrajaya berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, setelah menasihati Perdana Menteri, dijangka membuat pengumuman mengenai perkara ini beberapa hari lagi.

Susulan pengumuman, Asri dijangka dilantik semula atau ditukarkan.

Beliau yang berusia 56 tahun dilantik pada 1 Mei 2020 oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berkhidmat di bawah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Asri kini difahamkan sedang bercuti dan ia adalah faktor mengapa beliau tidak kelihatan pada sambutan di Kementerian Kewangan itu. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Anak Tiada Status Warganegara, Bapa Runsing Fikirkan Nasib 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Mungkin Sampai Di Sini Saja Kisah Kami' - Status Terbaru Zulin Aziz Cetus Tanda Tanya Netizen

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 23 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara