Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba selebriti serba boleh, Zulin Aziz telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang mengejutkan ramai.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, telah memuat naik gambar perkahwinannya bersama kapsyen yang menggambarkan seolah-olah ikatan perkahwinan yang telah dibina sejak setahun lalu sudah terlerai.
"Mungkin sampai di sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Inshallah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Jaga diri," tulisnya di bahagian kapsyen.
Sementara itu di bahagian komen, netizen masih ragu-ragu dengan hantaran Zulin. Rata-rata mereka beranggapan bahawa ini mungkin gimik semata-mata.
Ini kerana semalam Zulin telah dilihat memuat naik video di Insta Story sedang membeli barang untuk membuat kuih Raya bersama suaminya.
Usaha Getaran untuk mendapatkan kenyataan daripada Zulin dan suaminya juga gagal apabila panggilan tidak dijawab.
Apa-apa pun kita tunggu perkembangan terkini daripada Zulin Aziz. Semoga semuanya baik-baik sahaja. - Getaran, 17 April 2023