web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Setuju Berpisah Kerana Tiada Persefahaman - Mawar Rashid

Mawar dan suami, Raf Yaacob masih memiliki hubungan yang baik demi tiga orang anak mereka

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Nov 2023 2:22PM

gambar Instagram Mawar Rashid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, tular khabar angin mendakwa pelakon dan usahawan, Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob bakal bercerai dan hari ini, Mawar menyatakan kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah berikutan tiada persefahaman.

Menerusi hantaran di Instagram Mawar, dia memaklumkan mereka masih memiliki hubungan yang baik dan kedua-duanya ingin memberi tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak.

“Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami,” katanya hari ini.

Mawar juga menyatakan betapa pentingnya untuk dia dan Raf dalam usaha menjadi penjaga kepada anak-anaknya itu.

“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” maklumnya.

Tambahan lagi, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau kata-kata negatif dari media dan pengikutnya mengenai hubungan mereka selepas ini.

“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini. Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.

“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” nyatanya.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila dia berkongsi foto tidak lagi berhijab dan memohon maaf kepada semua peminat atas pilihannya itu.

Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang juga adik kepada selebriti, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta,2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. - Getaran, 23 November 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Perdana Menteri Kanada Umum Berpisah Dengan Isteri

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Mungkin Sampai Di Sini Saja Kisah Kami' - Status Terbaru Zulin Aziz Cetus Tanda Tanya Netizen

3

TARA 1 tahun yang lalu

Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Ketiga

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mawar Rashid Tu GST Pun Dia Tak Tahu Apa, Korang Nak Ikut Dia Pilih PN? Soal Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara