web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mawar Rashid Tu GST Pun Dia Tak Tahu Apa, Korang Nak Ikut Dia Pilih PN? Soal Netizen

Netizen dilihat kembali mengungkit sejarah lama Mawar Rashid yang pernah tular satu ketika dahulu kerana tidak tahu maksud GST sewaktu menyertai pertandingan Dewi Remaja.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2022 1:00PM

Mawar Rashid - Gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kian terasa dengan hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum kita bakal menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.

Pelbagai kempen giat dijalankan oleh setiap parti politik yang bertanding termasuklah di media sosial.

Tidak terkecuali, kempen ini turut melibatkan para selebriti tempatan serta pempengaruh media sosial yang dilihat rancak mempromosikan parti politik di akaun media sosial masing-masing. 

Antara yang menjadi perhatian netizen adalah pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid yang pernah menjadi bualan netizen beberapa tahun dahulu kerana tidak tahu apa itu maksud GST.

Mawar dilihat telah memakai baju yang tertera perkataan Perikatan Nasional di akaun media sosialnya sewaktu membuat kandungan digital tentang siapa yang akan menjadi pilihannya untuk diundi pada PRU-15 nanti. 

Disebabkan itu, nama Mawar kembali menjadi bualan hangat netizen yang telah mengimbas kembali sejarah lamanya yang tidak tahu apa itu maksud GST sewaktu diajukan oleh pengacara dalam rancangan Dewi Remaja pada tahun 2015. 

“Mawar Rashid tu GST pun dia tak tahu apa. Korang nak ikut dia pilih PN (Perikatan Nasional) ?” ciap seorang pengguna Twitter. 

Namun ada juga netizen yang membidas kenyataan pengguna Twitter berkenaan yang dikatakan sengaja untuk mencetuskan provokasi dengan mengungkit kisah lama. 

“Kami tak undi PN disebabkan Mawar. Itu hak dia nak undi siapa pun. Saya pun pada mulanya tak tahu apa itu GST. Sekarang saya telah faham,” ciap salah seorang pengguna Twitter. 

Walau siapapun pilihan anda untuk mengundi nanti, ingat undi adalah rahsia, dan buatlah pilihan yang bijak demi masa depan negara. 

Jangan lupa untuk turun mengundi dan jalankan kewajipan kepada negara sebagai rakyat Malaysia. – Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara