web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 5:32PM

Jumlah perkahwinan bawah umur di Sarawak kian bertambah dan membimbangkan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peningkatan jumlah perkahwinan untuk individu bawah umur di Sarawak semakin bertambah dan dianggap membimbangkan. 

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sarawak Women for Women mendedahkan, 1,638 individu bawah umur melangsungkan perkahwinan sepanjang 2017 hingga 2020, termasuk 500 yang direkodkan mengikut undang-undang syariah. 

Menurut pendedahan tersebut, 1,138 terbabit dalam perkahwinan yang dilansungkan mengikut adat tradisional masyarakat setempat, atau diistilahkan sebagai perkahwinan kanak-kanak adat. 

The Asean Post yang memetik statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula melaporkan, 974 permohonan untuk perkahwinan bawah umur direkodkan di Sarawak, bagi tempoh 2013 hingga 30 Jun 2018. 

Jumlah berkenaan kini dipercayai lebih tinggi, mengambil kira faktor dan senario semasa. 

Menurut statistik sama, Kelantan dan Sabah berada pada kedudukan kedua serta ketiga bagi tempoh yang sama. 

Kedua-dua negeri itu merekodkan 877 dan 848 permohonan. 

Perkahwinan bawah umur pernah mencetuskan perdebatan hangat, susulan satu kes melibatkan sepasang suami isteri di Gua Musang, Kelantan pada 2018. 

Perkahwinan mereka menjadi kontroversi apabila ia membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, sedangkan 'suaminya' sudah berumur 41 tahun. 

Ia memaksa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail campur tangan dan mengarahkan pasangan tersebut berpisah kerana pernikahan berkenaan dianggap sebagai tidak sah. 

Menurut Dr Wan Azizah, perkahwinan itu tidak kelulusan daripada mahkamah untuk membolehkan bapa kanak-kanak terbabit mewalikan anaknya. 

Beliau dipetik sebagai berkata, perbincangan dengan seorang Hakim Syariah merumuskan bahawa pernikahan tersebut tidak sah mengikut Seksyen 8, Enakmen Keluarga Islam kerana dilakukan tanpa memperoleh kebenaran Mahkamah Syariah. 

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Sarawak Women for Women berkata, perkahwinan bawah umur berpotensi mencetuskan trauma psikologi ke atas isteri yang masih tidak matang untuk memikul tanggungjawab, apatah lagi jika sudah bergelar ibu. 

“Ada juga isteri muda dikesan berdepan komplikasi ketika kehamilan, apabila tidak berupaya melalui perubahan hormon dan tubuh badan yang lazim berlaku. 

“Perkahwinan pada usia terlalu muda juga mendedahkan pasangan kepada kesukaran untuk menguruskan rumah tangga, khususnya jika masing-masing tidak memiliki punca pendapatan,” katanya. - Getaran, 22 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah