web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Notis Supaya 4 Ahli Parlimen BERSATU Sabah Kosongkan Kerusi Sudah Dihantar 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 1:51PM

Ronald Kiandee - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memastikan empat Ahli Parlimen Sabah yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), walaupun menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengosongkan kerusi. 

Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, notis berkenaan bagi memastikan ada kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Melalui surat bertarikh 3 November 2022 daripada Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU mengesahkan bahawa keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah antara calon yang bertanding pada PRU-15 sebagai anggota BERSATU. 

“Keahlian mereka dalam GRS adalah sebagai anggota parti BERSATU,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Hajiji Noor
Hajiji Noor

Ronald berkata, Pengerusi GRS yang juga Pengerusi BERSATU Sabah ketika itu, Datuk Seri Hajiji Noor pada 2 November lalu, turut mengumumkan bahawa terdapat enam calon daripada partinya akan mewakili GRS untuk bertanding PRU-15.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah menegaskan, Hajiji pada 10 Disember membuat kenyataan bahawa kesemua pemimpin di Sabah keluar daripada parti itu.

“Empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Parlimen Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang). 

“Pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember lalu, keempat-empat ahli Parlimen itu berada dan duduk di blok kerajaan,” katanya. 

Sehubungan itu, Ronald berkata tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong BERSATU dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang, melanggar janji pilihan raya mereka kepada pengundi.

“Akibat daripada itu, keahlian mereka sebagai anggota BERSATU gugur mengikut Perlembagaan parti dan perkara ini, dimaklumkan melalui surat parti bertarikh 21 Disember 2022,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Beluran itu, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka perlu dikosongkan.

“Selanjutnya sudah dipohon juga kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya perkara ini dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis, supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan tersebut,” tegasnya.

Terdahulu, Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menjelaskan, penyertaannya dalam GRS menerusi keahlian langsung dan bertanding pada PRU-15 atas tiket gabungan berkenaan.

Katanya, GRS ialah parti bersifat individu dengan keahliannya meliputi dua kategori, iaitu keahlian langsung dan keahlian parti gabungan.

Sebelum ini, Tengku Fuad menyatakan empat Ahli Parlimen itu tidak akan kehilangan kerusi dimenangi pada PRU-15, memandangkan mereka bertanding sebagai calon GRS, bukannya calon Perikatan Nasional (PN) atau BERSATU. -

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut senada dengan perkara tersebut. 

Beliau yang terbabit dalam penggubalan undang-undang larangan bertukar parti diluluskan Dewan Rakyat Julai lalu berkata, empat Ahli Parlimen GRS itu boleh kekal di kerusi mereka. - Getaran, 29 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan