web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Ingin Tanya Shahidan, Bila Pula Kerajaan Putuskan Mengenai Peruntukan’ – Mohd Sany

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 10:07PM

Shahidan Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kononnya Kerajaan Perpaduan tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, disifatkan tuduhan melulu dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu baru kira-kira sebulan dibentuk dan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

“Datuk Seri Shahidan menuduh kerajaan tidak adil apabila tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan memberikannya hanya kepada Ahli Parlimen kerajaan sahaja.

“Saya ingin tanya Shahidan, bila pula kerajaan membuat keputusan mengenai perkara ini. Belanjawan pun hanya sebahagian dari peruntukan dibentangkan untuk membolehkan gaji kakitangan kerajaan dibayar,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan

Terdahulu, Shahidan mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan untuk tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.

Bagaimanapun, Shahidan berkata, beliau akan mengadakan perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan. 

“Di Parlimen, (kita memang) lain. Walaupun nama Kerajaan Perpaduan, tapi kami Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) tidak dapat peruntukan, manakala Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dapat peruntukan. 

“Itu sudah ‘sesuatu’, bak kata (Allahyarham) P. Ramlee ‘ini tidak adil!’,” katanya mantan Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan. 

Pada masa sama, Mohd Sany menyifatkan kenyataan Shahidan hanya sekadar mahu memancing rakyat bagi memberi persepsi buruk terhadap Kerajaan Perpaduan dan Anwar. 

“Saya beranggapan kenyataan Shahidan hanya ingin memancing sahaja, iaitu untuk menekan Kerajaan Perpaduan. 

“Ini dilakukan agar mereka diberikan peruntukan sama dengan wakil rakyat kerajaan melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

“Bagi saya juga, tuduhan Shahidan ini bersifat melulu dan berniat jahat. Oleh itu, saya ucapkan ‘selamat memancing’ dan selamat mencuba kepada Yang Berhormat Arau,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok