web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Akan Terkubur Jika Bersama PN - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat demi menolak kemudaratan dan bahaya lebih besar kepada parti tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perpecahan sesama ahli pastinya akan berulang kembali sekiranya UMNO bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, langkah UMNO itu selaras dengan nas dan hadis sahih, iaitu lebih baik menolak kemudaratan berbanding menarik sebarang kebaikan.

“Agenda pecah perintah disasarkan terhadap parti. Inilah mudarat yang paling besar pada parti yang kesannya dapat dilihat dengan jelas menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kita tidak boleh membenarkan lagi agenda seumpama itu berlangsung kepada parti ini pasca PRU-15. Menolak kemudaratan dan bahaya lebih diutamakan, berbanding menarik sebarang kebaikan. Apa sahaja perkara yang boleh memudaratkan parti serta perpaduan dalaman mesti dihalang dan dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan perpaduan adalah solusi terbaik untuk parti itu, bagi mengelakkan UMNO sekali lagi diratah perpaduannya.

“Insya Allah dengan itu (menerusi kerjasama dalam kerajaan perpaduan) juga, kita mampu menghadapi PRN terdekat ini dengan gagah dan kuat, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Untuk Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan bersedialah, kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO melantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan menterinya sebagai menteri angkat di beberapa negeri.

Bagi Negeri Sembilan, katanya, parti akan melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah) dan Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin akan menjadi menteri angkat buat Terengganu.

“Bagi Kelantan, parti melantik Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Pulau Pinang, kita lantik Iron Lady kita, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Selangor pula, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Bagi tujuan penyelarasan, Majlis Tertinggi telah bersetuju, Penyelaras Operasi Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican,” katanya.

Tegas beliau, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bakal ditubuhkan.

Katanya, JPKK akan ditubuhkan di negeri sealiran kerajaan Persekutuan, manakala JPKKP pula bagi negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan.

“Keanggotaan ahli JPKK/JPKKP itu dicadangkan mengambil kira komposisi parti komponen kerajaan perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan Persekutuan mamun, keputusan muktamad berkaitan dasar pelaksanaan JPKK/JPKKP adalah bergantung pada Jemaah Menteri.

“Saya tidak mahu lagi ada tiga ketua kampung dalam satu penggal. Kita hanya ada satu ketua kampung dan pengerusi JPKK/JPKKP.

“Jadi, rakan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Pengerusi Perhubungan Negeri bantu dalam hal ini,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula