web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Selamat Tinggal UMNO Sungai Buloh’ - Isham

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 8:05PM

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengesahkan sudah menjadi ahli UMNO Bahagian Putrajaya selepas mendapat restu daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengesahkan sudah menjadi ahli UMNO Bahagian Putrajaya selepas mendapat restu daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Isham berkata, beliau sudah pun berbincang mengenai penghijrahannya dengan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan didaftarkan ke cawangan Bunga Matahari.

Jelasnya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau menetap di kuarters kerajaan selama beberapa tahun di Putrajaya, bahkan kedua-dua anaknya juga masih bersekolah di kawasan tersebut.

“Kini anak saya yang kedua masih bersekolah di Presint 8 Putrajaya dan setiap pagi dan petang hari bersekolah, saya ke Putrajaya untuk menghantar dan mengambilnya dari rumah ke sekolah dan kembali. 

“Saya ada sebidang tanah di Presint 10 Putrajaya yang saya dapat dan beli semasa saya bekerja dalam kerajaan dahulu. Dalam masa terdekat ini saya dan keluarga akan berpindah semula ke Putrajaya dan bermastautin di sana. InsyaAllah sehingga hari tua,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, mantan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam pada PRU-15 itu berkata, beliau mengambil keputusan bertukar bahagian ke Putrajaya adalah untuk berkhidmat kepada UMNO di kawasan didiaminya.

Pada masa sama, Isham mengucapkan terima kasih kepada UMNO cawangan Pekan Sungai Pelong, Bahagian Sungai Buloh, Selangor kerana telah berjuang bersama-samanya selama ini.

“Banyak pengalaman pahit manis dan suka duka yang kita lalui bersama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO Selangor kerana memberi peluang kepada saya berkhidmat selama ini. 

“Saya tidak akan lupakan segala kenangan dan jasa bersama anda semua. Saya akan terus membantu dan menyokong perjuangan UMNO di Selangor dan di seluruh Malaysia,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang