web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Parti Baharu Jika Benar Khairy Ada 'Magnet' - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2023 1:02PM

Mohd Puad Zarkashi berkata, sekiranya Khairy Jamaluddin tidak berani untuk tubuh parti baharu, mantan Ahli Parlimen Rembau itu boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dicabar menubuhkan parti baharu seperti dilakukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membuktikan beliau mempunyai 'magnet' untuk menarik pengundi muda. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, sekiranya Khairy tidak berani untuk berbuat demikian, mantan Ahli Parlimen Rembau itu boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS.

“KJ (Khairy) tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ.

“Kalau KJ kurang berani macam Syed Sadiq yang tubuh parti baru, KJ boleh join (sertai) Bersatu atau PAS. KJ boleh buktikan magnet dia ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan pemecatan Khairy dan penggantungan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, ibarat menghapuskan 'magnet' menarik sokongan orang muda terhadap parti.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit turut mempersoalkan kepimpinan Khairy ketika mantan mantan Menteri Kesihatan itu mengemudi sayap Pemuda UMNO dahulu.

“Ismail Sabri kata, KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda.

“Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO? Mungkin anak muda sokong KJ tetapi bukan pada UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut menyalahkan Ismail Sabri kerana gagal menjadi ‘poster boy’ yang mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-15, November lalu.

“Ismail Sabri silap. Patut dia cadang pada MKT supaya KJ ganti dia sebagai poster boy di PRU-15 lalu. 

“Alasannya dia tidak ada magnet. KJ ada magnet. Ruginya UMNO kalau betul," katanya.

Sebelum ini, MKT UMNO memutuskan Khairy dan mantan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilucutkan keahlian daripada parti tersebut.

Selain dua dipecat, MKT UMNO turut menggantung keahlian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian.

Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain BN dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15. - Getaran, 6 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan