web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shahidan Kemuka Usul Tergempar, Gesa Parlimen Bahas Pengeluaran KWSP

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 2:14PM

Shahidan berkata, pengeluaran KWSP secara bersasar ketika ini akan menjadi kepentingan utama kepada orang awam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mengemukakan usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan segera meluluskan pengeluaran itu kepada rakyat yang terdesak.

“Pencarum makin terdesak, tambahan pula, harga barang semakin naik dan kos sara hidup meningkat saban hari. Ada terpaksa jual harta dan tinggal sehelai pinggang. Sudah jadi tanggungjawab Ahli Parlimen kotakan janji untuk membantu rakyat.

“Oleh demikian, saya merasakan isu ini perlu dibincangkan, disegerakan kerajaan perpaduan yang disebut boleh mengambil langkah sama seperti dilakukan era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, iaitu membenarkan pengeluaran KWSP bersasar dan berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, sudah pastinya pengeluaran KWSP secara bersasar ketika ini akan menjadi kepentingan utama kepada orang awam berikutan perkara itu milik dan hak mereka.

Menurut beliau, setiap Ahli Parlimen seharusnya perlu mengetahui pengeluaran KWSP merupakan hak pencarum berdasarkan Seksyen 54 Akta KWSP 1991.

“Berdasarkan punca kuasa bagi KWSP membenarkan pengeluarannya bagi tujuan pembiayaan kelangsungan hidup. Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka dengan segera sebelum permulaan sesi persekolahan yang dijangkakan pada 19 Mac sehingga 20 Mac.

“Tambahan pula, tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut Ramadan dan Syawal. Rakyat memerlukan perbelanjaan besar di samping mengharapkan dana bantuan daripada kerajaan. Justeru, saya mohon agar membahaskan usul tergempar ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1),” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, membuat keputusan ‘luar biasa’ membenarkan Shahidan membaca usul tergempar itu di Dewan Rakyat selepas usul itu ditolak.

Johari memberi kebenaran untuk Shahidan membacakan usul itu kerana memahami isu yang dibawa Ahli Parlimen Arau itu adalah perkara besar.

Walaupun menolak usul itu untuk dibahaskan buat masa ini, Johari meminta Shahidan membawa semula usul berkenaan ketika perbahasan Belanjawan 2023 yang dijadualkan bermula Isnin depan.

“Insya-Allah, sesi Bajet 2023 akan berlaku selepas 24 Februari. Saya harap Arau bawa isu ini sekali lagi untuk dibahaskan,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok