web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


J-KOM Didakwa Alat Politik Kerajaan, ‘Itu Fitnah Semata-mata’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 8:19PM

Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) adalah alat parti politik dan ‘sarang’ pegawai lantikan yang tidak layak adalah fitnah semata-mata. 

Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, malah adalah tidak benar apabila ada pihak mendakwa Siti Aishah Syeikh Ismail dilantik Pengarah J-KOM Zon Utara dan Sham Ghaz sebagai pegawai jabatan itu dengan tawaran gaji sehingga RM50,000 sebulan. 

“Saya mengesahkan Siti Aisyah bukanlah pengarah zon utara. Beliau masih belum mempunyai sebarang jawatan di J-KOM, (namun) pengalaman sebagai aktivis sosial dan Senator memainkan peranan untuk mendekatkan agensi dengan rakyat.

“Syam adalah timbalan saya. Gaji dan elaunnya tidak sampai satu pertiga daripada jumlah RM50,000 yang disebutkan. Saya melantiknya kerana yakin beliau boleh memberikan komitmen penuh membantu dalam mengatur program dengan rakyat dan melaksanakan fungsi J-KOM,” katanya. 

Mohammad Agus turut menyakini kedua-dua individu tersebut boleh bekerjasama dalam menjayakan fungsi J-KOM untuk menyampaikan dan menghubungkan dasar kerajaan kepada rakyat.

“Fungsi J-KOM ada tiga yang utama, iaitu membudayakan ilmu, mendigitalisasikan masyarakat dan meningkatkan patriotisme rakyat. Saya yakin mereka berdua boleh melaksanakan fungsi ini dengan baik,” katanya. 

Jelasnya, agensi di bawah pimpinannya adalah untuk menyampaikan wawasan Malaysia Madani digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Jika J-KOM alat parti, tengoklah apa yang kami buat. Tengok Facebook dan media sosial J-KOM. Ada kami berpolitik? Kita hanya menyampaikan dasar kerajaan. 

“Namun, ada yang pro pada parti tertentu menuduh J-KOM sebagai lembab dan tidak berfungsi. Kami jelaskan kita bukan parti politik untuk berfungsi sebagai alat untuk mereka,” katanya. 

Sehubungan itu, Mohammad Agus memberi amaran agar perbuatan fitnah itu dihentikan sebelum pihaknya mengambil tindakan lebih tegas. 

“Setelah pelantikan dibuat yang tentunya mengikut semua peraturan dibenarkan, janganlah lagi kita menyebarkan fitnah. Saya sudah membentuk pasukan yang baik untuk J-KOM serta menggariskan dasar dan visi jelas.

“Kepada mereka yang terus menyebar fitnah mengenai J-KOM, jangan biarkan kami bertindak. Kita jadilah rakyat Malaysia yang saling menghormati dengan mengelakkan diri dari menimbulkan fitnah, di mana kesannya menyakitkan,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 15 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula