web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perang Saraf Atau Ancaman Sebenar, Kenyataan Hadi Berhubung Keruntuhan Kerajaan Harus Diambil Serius

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 11:29AM

Kenyataan Abdul Hadi Awang bahawa beliau merasakan Kerajaan Perpaduan akan tumbang, mencetuskan persoalan sama ada ia adalah sebahagian daripada perang saraf dibuat pembangkang atau sememangnya ada situasi lebih buruk akan berlaku - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa beliau merasakan Kerajaan Perpaduan akan tumbang, mencetuskan persoalan sama ada ia adalah sebahagian daripada perang saraf dibuat pembangkang atau sememangnya ada situasi lebih buruk akan berlaku.

Di sebalik penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan terbabit dengan mendakwa presiden PAS itu ‘tidak berasas’, komen Abdul Hadi tetap menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai pengguna media sosial.

Kebimbangan utama mereka sekiranya pemimpin Perikatan Nasional (PN) benar-benar melakukan komplot tersembunyi dengan ahli parlimen daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk menguasai Putrajaya.

Bagi pemerhati politik, pemimpin kerajaan harus memberi perhatian kepada kenyataan Abdul Hadi.

Lebih-lebih lagi, kegagalan Perdana Menteri sebelum ini untuk mengiktiraf dan bertindak serius terhadap tanda sama, iaitu kemungkinan berlaku rampasan kuasa, akhirnya membawa kepada penyingkiran mereka.

Fellow kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berpendapat, kenyataan Abdul Hadi yang dikeluarkan baru-baru ini, mungkin tindakannya untuk melakukan perang psikologi dan sindiran mengenai apa yang boleh berlaku kepada Kerajaan Perpaduan.

Oh Ei Sun berpendapat, kenyataan Abdul Hadi yang dikeluarkan baru-baru ini, mungkin tindakannya untuk melakukan perang psikologi dan sindiran mengenai apa yang boleh berlaku kepada Kerajaan Perpaduan - Gambar Fail
Oh Ei Sun berpendapat, kenyataan Abdul Hadi yang dikeluarkan baru-baru ini, mungkin tindakannya untuk melakukan perang psikologi dan sindiran mengenai apa yang boleh berlaku kepada Kerajaan Perpaduan - Gambar Fail

Bercakap kepada The Vibes, ahli akademik itu berkata, tidak ada apa yang pelik sekiranya parti lawan cuba ‘menjatuhkan takhta’ kerajaan memerintah.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan dan kewajipan parti pembangkang untuk sentiasa serta tanpa jemu mencari cara untuk menjatuhkan kerajaan hari ini dalam demokrasi berparlimen yang sihat dan normal.”

Sehubungan itu, Ei Sun berkata, pentadbiran Anwar perlu mengambil perhatian mengenai perkara itu, tetapi mengakui tiada apa boleh dilakukan sangat, kecuali reformasi perlembagaan yang drastik.

Beliau berkata, kelemahan sedia ada dalam undang-undang antilompat parti, bermakna sesetengah atau kebanyakan ahli parlimen yang menyokong Perdana Menteri, boleh bertukar taat setia tanpa meninggalkan kerusi dipegang mereka.

Ketika membahaskan Bajet 2023 Selasa lalu, Abdul Hadi berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya kerajaan tumbang, sebaliknya menegaskan apa harus disedari, ia berpunca daripada ‘kecacatan’ dan kelemahan sendiri.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2018, ‘mengabaikan’ kawasan majoriti Melayu menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada PN yang dilihat sebagai protes.

Beliau berkata dalam kes ini, pertukaran kerajaan pada 2020 bukan melalui pintu belakang, tetapi kerana kegagalan pentadbiran menyelenggara ‘rumah’ sendiri.

“Jika anda jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan kerana kami membuat lubang pada bumbung, tetapi kerana ia bocor, pintu terbuka dan dinding runtuh,” katanya.

 

Kerajaan tidak boleh mengabaikan ‘naratif’ Perikatan Nasional

Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani juga percaya kerajaan Anwar harus memandang serius kenyataan Abdul Hadi, kerana isu terbabit jika diabaikan, ia boleh menjadi lebih serius.

Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani percaya kerajaan Anwar harus memandang serius kenyataan Abdul Hadi, kerana isu terbabit jika diabaikan, ia boleh menjadi lebih serius - Gambar Fail
Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani percaya kerajaan Anwar harus memandang serius kenyataan Abdul Hadi, kerana isu terbabit jika diabaikan, ia boleh menjadi lebih serius - Gambar Fail

Beliau memberi amaran bahawa walaupun itu hanyalah naratif politik yang dijaja pemimpin PN untuk menarik sokongan orang ramai, ia harus ditangani segera.

Mesti ada naratif balas oleh kerajaan dan jika anda melihat siaran di TikTok, sebagai contoh, terdapat banyak dakwaan serupa mengenai kejatuhan kerajaan.

“Ini memerlukan tindak balas bukan sahaja daripada cybertrooper kerajaan, tetapi daripada pemimpin sendiri. Mereka mesti memainkan peranan dan responsive,” katanya.

Azizuddin berkata komen terbaru Hadi di Parlimen tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir di enam negeri, malah ia adalah petunjuk jelas bahawa perang saraf sedang berlaku.

“Mereka mahu mencetuskan kemarahan orang ramai dan mengekalkan momentum ini sehingga pilihan raya. Sebenarnya, saya tidak fikir PN secara peribadi percaya kerajaan akan tumbang, tetapi mereka bimbang sokongan mungkin beralih memihak kepada Anwar,” katanya.

Azizuddin berkata, ia kerana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), pengundi atas pagar mempunyai kecenderungan untuk mengundi parti yang mengawal kerajaan pusat.

Tambahnya, PN juga mungkin bimbang prestasi positif dan pencapaian pentadbiran Anwar dalam beberapa bulan pertama pemerintahan boleh menarik lebih banyak sokongan.

“Dalam konteks ini, Abdul Hadi dan lain-lain akan memainkan sentimen bahawa kerajaan akan tumbang, bagi memberi harapan kepada orang ramai bahawa PN akan mengambil alih Putrajaya. Ia adalah, dalam pengertian ini, perang saraf.

“Tetapi realitinya, kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga hari ini dengan adanya (undang-undang) antilompat parti, bukan mudah untuk menjatuhkan mereka. Apapun, kerajaan tidak boleh mengabaikan naratif PN ini.” – The Vibes, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini