web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KDN Benarkan Usul Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan - Saifuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 12:07PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN telah meneliti ketetapan dibuat pada Perhimpunan Agung UMN0 (PAU) 2022 dan daripada kenyataan diberi Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan 3 Mac lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah meluluskan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. 

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN telah meneliti ketetapan dibuat pada Perhimpunan Agung UMN0 (PAU) 2022 dan daripada kenyataan diberi Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.

“Ia adalah berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Saifuddin semalam dipetik sebagai berkata, beliau belum melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Katanya, beliau baru selesai mengikuti lawatan rasmi ke Filipina bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbabit dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, sejurus tiba.

“Saya belum berkomunikasi dengan sesiapa berhubung perkara itu,” katanya. 

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan Pendaftar RoS menerima usul parti untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, tindakan RoS mengesahkan usul berkenaan membuktikan keabsahan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Jelasnya, surat tersebut akan menjadi penamat kepada isu tersebut dan mereka juga telah mematuhi peraturan dan perlembagaan sepenuhnya bagi memberi kelulusan dalam pembentangan yang dibuat. - Getaran, 7 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan