web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Surat RoS Putuskan Usul Tambahan UMNO Tidak Sah, Saifuddin Sila Jawab!

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 6:40PM

Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) didakwa sudah memutuskan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan sebagai tidak sah, sebelum ia diberi pengecualian atas budi bicara menteri.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mendakwa perkara itu berlaku selepas beliau melihat surat dikeluarkan RoS, bertarikh 2 Mac lalu kepada UMNO berhubung pemilihan parti berkenaan.

Bercakap di Dewan Rakyat, Takiyuddin mendakwa surat RoS menyatakan usul tambahan itu yang diluluskan ketika PAU pada Januari lalu tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan Perlembagaan UMNO.

“Surat itu antara lain menyatakan, dengan kuasa yang diperuntukkan kepada RoS, keputusan usul tambahan tersebut adalah tidak sah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini yang memaklumkan pihaknya meluluskan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 untuk mengecualikan parti itu daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama.

Seksyen berkenaan menjelaskan tentang pembatalan pendaftaran sesuatu pihak, dan menyatakan bahawa RoS mempunyai kuasa untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Dakwaan mengejut Takiyuddin hari ini juga bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa usul dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan diterima RoS.

Sementara itu, Takiyuddin dalam perbahasannya di Dewan Rakyat berkata, adalah wajar bagi Saifuddin menjelaskan percanggahan yang berlaku berikutan ia melibatkan kepentingan awam.

Menurut beliau, pihaknya secara khusus ingin mengetahui apakah kriteria yang dipertimbangkan oleh Saifuddin dalam memberikan pengecualian kepada UMNO.

“Jika ini amalannya, adakah ia akan menjadi contoh kepada masyarakat lain juga? Saya ingin tahu sama ada ini akan digunakan kepada semua,” katanya.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. - The Vibes, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global