web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pilihlah Calon MKT UMNO Bawah Usia 55 Tahun Supaya…

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:07PM

Muhamad Muqharabbin berkata, setiap ahli khususnya kepimpinan parti perlu memberi ruang kepada pemimpin muda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perwakilan perlu memilih calon berumur bawah 55 tahun bagi memegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, bagi memastikan reformasi dalam parti mampu dilakukan.  

Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, setiap ahli khususnya kepimpinan parti perlu memberi ruang kepada pemimpin muda untuk diangkat memegang jawatan terbabit.  

Katanya, UMNO perlu berubah agar kekal relevan dan mampu meningkatkan kembali keyakinan rakyat.  

“Saya minta 18 daripada 25 calon MKT UMNO dipilih bawah usia 55 tahun supaya berlaku perubahan dalam parti dan bukan sekadar retorik.

“Setiap perwakilan yang bertanding di peringkat bahagian sama ada ketua atau timbalan ketua, perlu sepakat memberi 70 peratus ruang kepada kepimpinan muda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Muhamad Muqharabbin berkata, terdapat beberapa pemimpin lama ketika ini, dilihat masih kekal bertanding di setiap jawatan walaupun sudah berlaku perubahan pucuk kepimpinan.  

Jelasnya, tindakan tersebut akan menimbulkan persepsi negatif bahawa parti tersebut seperti kurang relevan dengan mengekalkan wajah lama.

“Pemimpin baharu dan berani akan memberi sinar buat parti tersebut, di samping tidak menolak untuk meminta khidmat nasihat daripada ahli lebih lama.

“Masih ada beberapa pemimpin yang pernah menjadi MKT semenjak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi masih ingin bertanding. Mana mungkin UMNO ingin dilihat relevan dan berubah,” katanya.  

Sehubungan itu, Muhamad Muqharabbin memohon undi diberikan kepada calon baharu yang mampu memberi ruang serta sinar perubahan kepada UMNO.  

“Diharapkan pemimpin muda diberikan peluang untuk bersama bagi memperkukuh parti agar kembali diyakini rakyat.

“Tempat ini penting bagi saya untuk membawa idea, mengkritik, dikritik, memberi pandangan dan melaksanakan pelbagai perancangan dalam membawa UMNO kembali diyakini rakyat,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 20 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 15 minit yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

Semasa 20 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok