web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Hadi Perlu Isytihar Akur Peringatan Agong, ‘Ini Ujian Sama Ada…’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 6:22PM

Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang perlu akur peringatan itu dengan memastikan parti diterajui mereka tidak akan terlibat dalam sebarang rancangan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa mengisytiharkan parti politik diterajui mereka untuk patuh kepada peringatan dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang mahukan kestabilan politik negara diberi keutamaan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Abdul Hadi selaku Presiden PAS, perlu akur peringatan itu dengan memastikan parti diterajui mereka tidak akan terlibat dalam sebarang rancangan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah titah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja baginda ketika merasmikan Parlimen ke-15 pada Februari lalu, tetapi ia tidak diendahkan sejak tiga bulan lalu.

“Ini adalah ujian sama ada pemimpin politik dan ahli politik bersedia untuk menundukkan kepentingan peribadi dan parti politik mereka demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan disiarkan di blog beliau, hari ini.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kebimbangan mengenai desas-desus berhubung kestabilan kerajaan ketika ini, walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlalu.

Baginda menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya diberi keutamaan.

“Rakyat menaruh harapan tinggi dalam PRU-15 lalu dan memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan sedang dibina.

“Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa,” titahnya.

Kenyataan Kit Siang itu menyusul selepas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman, dilaporkan memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menyifatkan angka ‘126’ yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook baru-baru ini, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai cyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

“Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya.

Malah pada Mac lalu, Abdul Hadi mencetuskan kontroversi di Parlimen selepas mengeluarkan pandangan bahawa usaha menumbangkan kerajaan ‘dalam masa terdekat’ adalah sesuatu yang dibolehkan, memandangkan negara mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, beliau tidak melangkaui titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan sebuah kerajaan stabil dan mengekalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga habis penggal.

Anwar sebelum ini dilaporkan tidak menolak wujud konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun menegaskan ia sebagai tidak berasas. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan