web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Proklamasi Orang Melayu Hanya Gimik, PAS, Tun M Tak Boleh Dipercayai

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 3:12PM

Menurut Dr Mohd Puad Zarkashi, berdasarkan rekod prestasi mereka, PAS dan Dr Mahathir tidak boleh dipercayai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa parti pembangkang mencetuskan gimik politik dengan menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, berdasarkan rekod prestasi mereka, PAS dan Dr Mahathir tidak boleh dipercayai.

“PAS pernah memeterai Proklamasi Muafakat Nasional bersama UMNO. Air mata membasahi Dewan Merdeka.

“Tetapi selepas itu PAS khianati UMNO kerana menyertai Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Puad turut mempersoalkan pembabitan segelintir Ahli Parlimen BERSATU dengan Proklamasi Orang Melayu memandangkan parti berkenaan menolak kerjasama dengan mantan Perdana Menteri itu.

“Setahu kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak kerjasama dengan Tun M.

“Maka sokongan beberapa pemimpin BERSATU secara individu tidak menampakkan kesepakatan,” katanya.

Susulan itu, Puad menasihati parti pembangkang supaya menghentikan sandiwara politik yang disifatkan sebagai provokasi untuk menjejaskan Kerajaan Perpaduan.

“Persoalannya apakah PAS buta? Sepatutnya PAS tidak lupa Tun M menyokong ratifikasi ICERD dan Statut Rom. UMNO dan PAS terpaksa bergabung menghalangnya.

“Cukuplah sandiwara politik itu. Apatah lagi Tun M tidak memimpin mana-mana parti politik. Proklamasi itu hanya provokasi untuk ganggu kelancaran Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pertemuan Dr Mahathir yang juga pengasas Proklamasi Orang Melayu dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin PAS bagi menyokong dengan menandatangani proklamasi berkenaan.

PAS dalam perkongsian menerusi media sosial, memohon supaya agenda penyatuan ummah itu terus subur dan mekar dalam negara ini.

Sebelum itu, BERSATU melalui wakilnya diketuai Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, hadir memberi sokongan pada Ramadan lalu ketika majlis berbuka puasa anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Malah difahamkan, setakat ini, beberapa pemimpin UMNO turut menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah