web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Juil Nuatim Keluar KDM Diasaskannya, Tegas Sokong Hajiji

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 4:18PM

Juil Nuatim - Gambar dari Facebook Datuk Juil Nuatim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Sabah, Datuk Juil Nuatim mengesahkan keluar parti hari ini.

Katanya, buat masa ini, beliau adalah ADUN Bebas yang menyokong penuh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“(Bagi saya) sertai parti lain...kita lihat jika ada parti yang boleh menerajui pembangunan DUN Limbahau,” katanya kepada pemberita menerusi WhatsApp hari ini.

Timbalan Presiden KDM itu mengasaskan parti berkenaan dengan menamakan Datuk Peter Anthony sebagai Presiden pada Januari tahun lalu, sebulan selepas mereka meninggalkan Parti Warisan (WARISAN).

Juil memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau atas tiket WARISAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020 dan menjadi ADUN buat kali pertama.

Pada masa sama, beliau berkata,  tiada perselisihan faham berlaku antara dirinya dengan Anthony dan keputusan itu dibuat kerana mahu membawa pembangunan ke kawasannya.

Sejak KDM ditubuhkan, presidennya secara terbuka mengisytiharkan hasrat untuk menjadi parti komponen GRS, iaitu gabungan pemerintah di Sabah sejak 2020, tetapi ia tidak pernah diterima secara rasmi ke dalam parti berkenaan.

Pada Januari, apabila BN dan WARISAN dikatakan cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan GRS, Anthony serta Juil didakwa menyokong perikatan itu, bagi menentang GRS.

Namun, KDM kemudian mengumumkan ia terus menyokong GRS apabila usaha WARISAN – Barisan Nasional (BN) didakwa gagal.

Pengumuman Juil itu secara kebetulan dibuat menjelang sidang DUN yang bermula esok, dengan menyaksikan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti negeri berkenaan, dijangka dibentangkan. – The Vibes, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki