web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Parti Politik Untuk Bantu Rakyat, Bukan Menyusahkan - Dr Akmal 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 4:00PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengingatkan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa parti politik adalah platform untuk membantu rakyat.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kewujudan parti politik sepatutnya bukan untuk menyusahkan hidup mereka.

“Kini rakyat memerlukan pemimpin yang politiknya matang dan progresif tanpa meninggalkan prinsip perjuangannya demi agama, bangsa dan negara. 

“Semua parti politik dalam negara ini pernah duduk bersama kerana itulah dinamika politik yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ketika ini, UMNO dikritik pelbagai pihak terutama peringkat akar umbi berhubung kerjasama yang dijalin dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.

Ramai yang bimbang langkah itu akan menyebabkan UMNO tergelincir daripada landasan perjuangan asalnya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyifatkan hubungan kerjasama itu janggal dan bertentangan dengan dasar parti. 

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan terserah kepada penyokong UMNO sama ada mahu menyahut gesaan itu atau sebaliknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, menerusi kajian yang dibuat dalam pilihan raya lalu terutama ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sokongan pengundi UMNO kepada DAP tidak pernah berlaku.

Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, semua parti politik di negara ini pernah duduk bersama sebagai gabungan dalam memberi kekuatan untuk memikat hati rakyat. 

“Dengan siapa pun kita bersama, tugas Pemuda UMNO adalah untuk memastikan garis sempadan sesama parti tidak dilanggari.

“Dan jika dilanggari sama ada secara sengaja ataupun tidak, kami tidak akan berkompromi untuk mempertahankannya,” katanya. - Getaran, 24 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah