web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tiada Guna Terus Serang Satu Sama Lain, Tembak Kaki Sendiri’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 3:26PM

Asyraf Wajdi pada sidang media PAU di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa permainan saling menyalahkan dalam Kabinet mesti dihentikan kerana Kerajaan Perpaduan adalah tanggungjawab kolektif, bukannya ‘one-man show’.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli belum bersedia menjadi anggota Kabinet, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai rombakan Kabinet.

“(Tiada gunanya) jika kita terus menyerang antara satu sama lain dan menembak kaki sendiri untuk menggembirakan masyarakat tertentu.

“Perkara paling penting ialah mengekalkan fokus kami untuk memastikan negara maju dan kesejahteraan rakyat terjamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Asyraf juga berkata, tiada ‘suara nakal’ sejak Kerajaan Perpaduan mula dibentuk enam bulan lalu.

Tambahnya, tiada isu sama dihadapi Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan pentadbirannya antara 2018 dan 2020, berbangkit kali ini.

Sementara itu, Asyraf berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini akan berbeza berbanding sebelumnya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hadir bersama 19 presiden parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Topik penting dijangka dibincangkan semasa perhimpunan itu termasuk kebajikan rakyat, ekonomi, agama dan kestabilan politik negara.

Asyraf juga menjangkakan jurucakap negeri yang akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) datang membawa isu dihadapi akar umbi masing-masing.

Perhimpunan itu juga dijangka menjadi tuan rumah kira-kira 6,340 perwakilan, susulan pindaan Perlembagaan UMNO yang membenarkan ia dihadiri ketua penerangan daripada sayap dan bahagian parti.

Parti itu dijangka melibatkan 2,808 perwakilan, manakala sayap wanita pula menyaksikan kehadiran 1,159 perwakilan.

Sayap Pemuda dan Puteri masing-masing membabitkan seramai 1,160 dan 1,134 perwakilan. - The Vibes, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan