web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Tidak Pernah Jadi 'Barua' DAP - Shahaniza

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:16PM

Shahaniza Shamsuddin berkata kerjasama antara UMNO dan DAP dilakukan demi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mewujudkan kestabilan kepada rakyat. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menyangkal dakwaan bahawa parti keramat itu kini menjadi 'barua' DAP selepas menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kerjasama antara UMNO dan DAP dilakukan demi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mewujudkan kestabilan kepada rakyat. 

Atas alasan terbabit jelas beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan dibarisi pelbagai gabungan serta parti politik, termasuk DAP.

Shahaniza Shamsuddin - Gambar dari Facebook
Shahaniza Shamsuddin - Gambar dari Facebook

“UMNO tak pernah jadi ‘barua’ sesiapa, okay itu kena faham. Apa yang berlaku sekarang ini, UMNO hanya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kestabilan kepada rakyat negara ini. 

"Jadi, kita membentuk kerajaan tapi kita bukan masuk DAP. Kita tetap BN, DAP tetap dalam PH. Kita hanya bekerjasama antara BN dan PH. 

"Tiada cerita (polemik atau isu) siapa hendak jadi barua sesiapa,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO kini merupakan ‘barua’ DAP setelah bersama-sama dengan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Shahaniza meminta pihak yang membuat tuduhan tidak berasas itu supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Siapa yang ‘barua’ siapa sebenarnya? Sebelum hendak buat tuduhan, terjah, semak terlebih dahulu faktanya,” tegasnya. 

Pada November tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan seluruh parti politik mempertimbangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memudahkan pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Titah Seri Paduka tersebut berdasarkan keadaan semasa ketika itu, selepas tiada mana-mana parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk melantik wakil mereka sebagai Perdana Menteri.

Al-Sultan Abdullah pada 13 Februari lalu turut menzahirkan harapan supaya pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan.

Baginda menyifatkan peristiwa dan pengalaman yang berlaku sepanjang menjadi Yang di-Pertuan Agong, sebagai amat bersejarah dan sukar untuk dilupakan.

Ia berikutan baginda menjadi satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah negara dengan empat Perdana Menteri serta empat Jemaah Menteri berlainan, susulan kemelut politik berpanjangan sejak tiga tahun lalu. - Getaran, 4 Jun 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka