web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenapa PAS Boleh, Tapi Bila UMNO Buat… - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 10:36PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada sebab kenapa UMNO tidak boleh bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada sebab kenapa UMNO tidak boleh bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, PAS juga pernah bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Justeru, beliau menolak kritikan dilempar pihak tertentu, terutama pembangkang berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

“Selama ini agenda mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu tidak pernah diusik mana-mana parti dalam PH.

“Malah, mereka menghormati itu perjuangan UMNO kerana terdapat dalam Perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini, wajib dipertahankan dan mereka bersetuju.

“Saya tidak nampak ada permasalahan kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab PAS (pernah) bersama dengan DAP dah lama. Kenapa PAS boleh, bila kita (UMNO) buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu," katanya seperti dilapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri sesi Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Ahmad Zahid mendakwa, PAS terlebih dahulu melangsungkan ‘perkahwinan mutaah’ politik beberapa kali dengan pelbagai parti, termasuk DAP.

Berhubung taklimat itu, beliau berkata, semua perwakilan UMNO yang hadir diingatkan mengenai beberapa aspek, terutama realiti baharu politik tanah air ketika ini.

“Walaupun UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, parti ini tidak dominan dan ia hakikat harus diakui.

“Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, menuntut kerja kuat kita dan harus membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan untuk diberikan kepada Barisan Nasional (BN), hendaklah kita menang, tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, ahli UMNO harus sedar bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), undi diterima parti berkenaan cuma sekitar 23 peratus.

“Kerusi kita peroleh cuma sekitar 11 peratus sahaja. Dua kali kita kecundang, dalam PRU-14 dan PRU-15.

“Kita harus bangkit untuk bangkit. Kita harus perbetulkan kelemahan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi BN itu berkata, masalah dihadapi UMNO ketika mendepani kedua-dua PRU terbabit adalah kerana mereka melayani titik perbezaan.

“Kali ini kita mesti mencari titik persamaan dan kita harus bergerak ke hadapan.

“Dalam BN, kita ada MCA dan MIC, dalam PH ada DAP, di situ yang kita harus lihat ialah bagaimana kebersamaan di antara BN dengan PH,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global