web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Masih Relevan, 66 Peratus Ahli Baharu Adalah Anak Muda - Asyraf Wajdi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 4:16PM

Asyraf Wajdi (kanan, depan) bergambar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 60 peratus ahli baharu UMNO yang mendaftarkan diri sejak Januari tahun ini adalah golongan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia merupakan satu petunjuk positif yang membuktikan parti itu masih relevan dan memiliki pendukung tersendiri. 

"Meskipun acap kali UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti pilihan ketiga, tidak popular serta tidak diterima anak muda, msih ramai yang ingin turut serta dan UMNO parti yang sentiasa terbuka. 

"Suka saya menarik perhatian semua adalah daripada jumlah keahlian baharu yang mendaftar pada tahun ini, sebanyak 8,876 atau 66 peratus adalah mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO atas pertambahan keahlian seramai 4,957 orang ahli baharu," katanya ketika berucap bagi membentangkan  laporan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. 

Perasmian PAU 2023 hari ini turut dihadiri Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perasmian PAU 2023 hari ini turut dihadiri Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, biarpun dilabel sebagai sebuah parti tidak popular terutama dalam kalangan anak muda, UMNO masih relevan apabila menerima lebih 13,000 keahlian baharu.

"Untuk tahun ini sahaja, penambahan keahlian baharu dari 1 Januari sehingga 6 Jun 2023, adalah seramai 13,442 orang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ahli parti seramai 3,442,280 di seluruh negara,” katanya. 

Sementara itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, seluruh kepimpinan bahagian perlu fokus dan komitmen bagi memastikan mereka menjadi pengundi parti dan membina idealisme untuk memahami hakikat perjuangan sebenar UMNO.

Katanya, memiliki lebih ramai akar umbi UMNO tidak memberi sebarang makna sekiranya usaha menggembleng mereka tidak dapat digerakkan dan diterjemah ke atas kertas.

"Jadikanlah persidangan ini medan untuk berkongsi pandangan (dan) pentas menyuntik kefahaman terhadap isu yang melingkari lingkungan.

"Paling penting mencari pendekatan baharu untuk meraih dan mengembalikan sokongan serta keyakinan," katanya. 

Perasmian PAU 2023 hari ini turut dihadiri Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Hadir sama, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick. - Getaran, 9 Jun 2023.





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah