web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalau Tak Tahu Jaga Mulut, Jangan Berucap Di Pentas DAP - Loke 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 11:38AM

Anthony Loke - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan yang boleh dianggap sebagai serangan kepada komponen atau rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan oleh mana-mana ahli DAP.

Setiausaha Agung parti, Anthony Loke berkata, kerjasama yang dijalin oleh DAP bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah demi memastikan kestabilan politik.

Menurut beliau, tindakan Tony Pua memberikan kenyataan berbentuk provokasi tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.

“Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis dianjurkan DAP Petaling Jaya. 

“Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pua, bekas Setiausaha Publisiti DAP pada satu majlis malam tadi melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai satu gabungan korup, sebaris dengan BERSATU yang berada di bawah blok Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dibuat sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pua berkata, Pakatan Harapan (PH) selepas ini diharapkan dapat membentuk kerajaan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada BN dan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Atas faktor ini jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah jentera PH lebih cemerlang dan tidak korup berbanding BN. 

Menyelar ucapan Pua itu, Loke berkata, ia adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku (uncalled for).

Beliau memberi amaran, semua pemimpin dan ahli DAP perlu menjaga keharmonian dalam huvungan antara parti dan gabungan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan ketika ini.

“Negara sedang menghadapi pelbagai cabaran luaran.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini