web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Tahu Kaki DAP Basah Kerana Pernah Bersama - Shahrir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 11:20AM

Shahrir Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan pemikiran pemimpin PAS semakin ketara, apabila memperlekehkan UMNO.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, melabelkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kain buruk pengelap kaki DAP sebenarnya hanya mercerminkan kedangkalan PAS.

Menurut beliau, parti yang sama juga memperlekehkan cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sebelum ini, melekehkan cadangan pengeluaran simpanan KWSP oleh DS (Datuk Seri) Najib sebagai 'hikayat Puteri Gunung Ledang'. 

“Dulu 'hikayat', sekarang 'ibarat' pula.

Kesian (kasihan), pemimpin tapi pemikiran lemah,” katanya, sinis.

Shahrir menyatakan demikian di Facebook, sebagai mengulas kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menggambarkan BN sebagai kain buruk pengelap kaki DAP.

Berucap di Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dua hari lalu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PN berkata, perumpamaan itu meskipun kasar, ia tidak menggambarkan permusuhan secara peribadi dengan rakan-rakan BN.

Membidas kenyataan Ahmad Fadhli itu, Shahrir berkata, pemimpin muda PAS hanya mampu berretorik dan memperlekehkan orang lain selepas terbukti pengeluaran caruman KWSP dapat membantu meringankan beban jutaan rakyat.

“Akhirnya, apabila pengeluaran simpanan KWSP dapat membantu pemulihan kehidupan beribu yang terkesan daripada perintah berkurung kerajaan TS (Tan Sri) Muhyidin (Yassin), terpaksalah pemimpin muda PAS mengakui dia hanya mampu setakat retorik memperlekehkan orang lain.

“Ni hendak memperlekehkan BN sebagai 'kain buruk pengelap kaki basah DAP'. PAS pun pernah bersama dengan DAP. Itu yang tahu sangat kaki DAP itu basah? Takkan setakat kaki je kot,” sindirnya, tajam.

Jelas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, masih ada bekas pemimpin PAS setia dengan DAP sehingga ke hari ini.

“Dan masih ada sehingga ke hari ini, bekas pemimpin PAS bersama setia dengan DAP - bukan orang BN.

“Lap sahajalah wahai YB. Aiwa?” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi