web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 PRN Pada Ogos, Rakyat Perlu Keluar Mengundi - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 6:03PM

Tanggungjawab itu sekiranya dilaksanakan dengan baik membolehkan usaha menyelamatkan negara berjalan secara lebih efisien. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan dan jantina perlu memastikan tanggungjawab mengundi dilaksanakan pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, tanggungjawab itu sekiranya dilaksanakan dengan baik membolehkan usaha menyelamatkan negara berjalan secara lebih efisien.

Menurut beliau, peratusan mengundi yang tunggi membantu Malaysia sekali lagi bergelar juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi serta keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun lain.

“Saya tidak percaya yang pengundi di Malaysia mahu negara yang berpecah belah, gagal, dan korup sebaliknya mereka mahu melihat Malaysia menjadi juara dunia dengan sistem politik, ekonomi, pendidikan, dan sosial yang terbaik di dunia, serta mampu mewujudkan sekolah dan universiti terbaik.

“Semua rakyat mahu melihat Malaysia mencapai lebih dari apa dijangkakan dan bukannya menjadi sebuah negara yang tidak relevan dan tidak penting kerana kegagalannya sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup,” katanya menerusi hantaran di blog.

Jelas mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Malaysia memerlukan tempoh sehingga 20 tahun untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan dalam beberapa dekad lepas.

“Kita telah melakukan permulaan yang baik dengan tujuh bulan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Justeru jelas beliau, kecemerlangan tersebut harus diteruskan dengan Malaysia muncul sebagai peneraju dalam pelbagai lapangan termasuk Piala Thomas, temasya Olimpik, anugerah Oscar dan Anugerah Nobel.

“Rakyat Malaysia tidak mahu menjadi ‘juara dunia’ dalam kalangan negara dengan jumlah kematian akibat Covid-19 yang tertinggi di dunia, seperti mana ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri pada 2021,” katanya.

Tegas Kit Siang, rakyat perlu membuat pilihan jelas menerusi enam PRN berkenaan.

“Apakah mereka akan mengabaikan usaha patriotik untuk menyelamatkan, menetapkan semula, dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara majmuk?

“Atau adakah kita akan melihat Malaysia kembali ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam dekad-dekad yang akan datang,” katanya.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat keputusan status quo menerusi enam PRN tersebut.

“Saya ingin saksikan sama ada gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, dan Perikatan Nasional (PN) terus memerintah Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

“Lebih baik lagi, gabungan PH-BN memenangi dengan majoriti dua pertiga di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan dan menunjukkan prestasi yang lebih di Kedah, Kelantan, dan Terengganu berbanding dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi