web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 9:35PM

Lim Kit Siang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  —  Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar kestabilan politik dibentuk di Malaysia perlu dipatuhi semua pihak.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, kestabilan itu amat penting bagi menjadikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang bersatu, adil, progresif dan makmur untuk semua rakyat.

Menurut beliau, senario itu perlu diwujudkan tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur.

“Ia adalah satu nasihat yang sangat bertepatan dan patut diikuti oleh semua rakyat jika mahu melihat negara kita menjadi hebat sekali lagi.

“Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk menjadi sebuah negara hebat dan kita tidak boleh menjadi seperti Lubnan yang Parlimennya mengundi sebanyak 12 kali dalam tempoh sembilan bulan, tetapi masih gagal untuk memilih seorang Presiden (sehingga sekarang,” katanya menerusi hantaran di blog.

Jelas beliau, Lubnan kini berada dalam ketidaktentuan politik dan perkara ini perlu menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia.

“Kerana inilah Kerajaan Perpaduan Anwar patut disokong oleh semua pengundi dari keenam-enam negeri pada 12 Ogos ini, kerana kemerosotan Malaysia patut dihentikan dan negara kita perlu dikembalikan semula kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk.

“Perkara ini telah diterapkan ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara oleh  barisan tokoh kemerdekaan negara, termasuk tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya kestabilan politik dibentuk di Malaysia - gambar fail
Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya kestabilan politik dibentuk di Malaysia - gambar fail

Tegas bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, pelbagai isu global dan konflik dilihat mewarnai dunia mutakhir ini, termasuk peperangan berterusan antara Ukraine - Rusia dan pertikaian berhubung pemilihan Perdana Menteri baharu Thailand.

“Rakyat Malaysia, seperti orang di negara lain, perlu lebih banyak berfikir mengenai isu-isu global ini memandangkan dunia kini semakin mengecil hasil dari perkembangan teknologi komunikasi.

“Tetapi, rakyat Malaysia kelihatan seperti melakukan perkara yang sebaliknya, dan ada personaliti dalam negara yang mahu rakyat untuk hanya berfikir mengenai isu perkauman serta keagamaan, dan bukannya isu-isu global seperti perang dan keamanan,” keluhnya.

Beliau menarik perhatian, terdapat kecenderungan segelintir untuk berfikir dalam masa lampau, berbanding memandang ke depan, ketika bahang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dirasai.

“Semua parti politik dan calon yang bakal bertanding patut bertindak secara bertanggungjawab kerana kita perlu berfikir mengenai generasi akan datang, sama ada Malaysia boleh menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia untuk sekali lagi melahirkan juara dunia atau sama ada kita ditakdirkan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

“Kerana inilah saya cadangkan supaya semua parti dan calon yang bakal bertanding dalam enam pilihan raya negeri ini menyertai satu persetujuan untuk tidak mengeksploitasi isu 3R dan untuk memastikan tidak terjadinya satu lagi rusuhan perkauman seperti 13 Mei 1969,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi