web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Muhammad Sanusi: Biar Pihak Berkuasa Buat Kerja — Mahdzir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:22PM

Mahdzir Khalid (tiga dari kiri( berkata, terpulang kepada pihak berkuasa untuk menghakimi kes melibatkan Muhammad Sanusi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Kedah tidak akan mencampuri kes membabitkan Menteri Besar negeri itu, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pendirian tersebut turut meliputi kes mahkamah yang sedang dihadapi Sanusi.

Menurut beliau, BN Kedah menyerahkan setiap perincian isu kepada pihak berkuasa untuk ditangani, dan terpulang kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya dah sebut dalam ucapan saya, kenyataan media saya pun bahawa jika ada benda yang sepatutnya tak selesai contohnya unsur nadir bumi (REE) di Sik, maka kerajaan negeri patut membuat penjelasan.

“Kerajaan negeri kena jelaskan apa status kedudukan REE. Tapi sekarang apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah buat kenyataan semalam, kita serahkanlah kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Perpaduan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Langkawi di Desa Keda Wang Tok Rendong, dekat Langkawi hari ini.

Jelas Mahdzir, walaupun tingkah laku Sanusi amat tidak digemari, namun iti bukan alasan untuk BN Kedah melanggar batas kuasa ditetapkan.

“Macam itu juga (dakwaan dikenakan ke atasnya) di bawah Akta Hasutan yang melibatkan raja-raja, mahkamah sudah uruskan perkara ini, jadi kita serahkan kepada mereka,” katanya.

Ditanya adakah Perikatan Nasional (PN) perlu menukar atau merehatkan Ketua Pengarah Pilihan Raya mereka yang telah dituduh di mahkamah, Mahdzir berkata PN mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan bersifat menghasut.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara, di sini.

Jelas Mahdzir, kerajaan negeri Kedah perlu memikirkan acara khusus untuk menarik minat pelancong ke Langkawi
Jelas Mahdzir, kerajaan negeri Kedah perlu memikirkan acara khusus untuk menarik minat pelancong ke Langkawi

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, kerajaan negeri Kedah perlu lebih kreatif untuk mengembangkan sektor pelancongan di Pulau Langkaw, dan tidak hanya bergantung kepada acara seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).

Katanya, kerajaan negeri perlu menjalin kerjasama erat dengan menteri Kerajaan Persekutuan bagi merancang acara yang boleh diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Kerajaan negeri kena berpakat dengan Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar atau Exco kena jumpa menteri yang terlibat seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Misalnya tahun depan ada acara apa dan boleh tak acara ini kami (kerajaan negeri) bawa ke Langkawi, barulah tempat kita tak bergantung kepada LIMA untuk dua tahun sekali kerana acara lain juga boleh diatur,” katanya.

Beliau yang juga mantan Menteri Besar Kedah berkata, acara atau program khusus seperti itu membuka peluang untuk generasi muda menerokai pelbagai bidang kerjaya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir turut menggesa kerajaan negeri untuk segera menyelesaikan masalah bekalan air di pulau berkenaan.

Katanya, kebanyakan paip yang membekalkan air ke pulau ini dari tanah besar telah dibina ketika era pentadbiran Menterj Besar, Tan Sri Osman Aroff pada tahun 1990-an.

“Kita telah mencadangkan satu laluan paip baharu dibina untuk membawa bekalan air, sumber air dari tanah besar ke Langkawi.

“Untuk selesaikan masalah ini kerajaan negeri perlu ada kolaborasi dengan Kerajaan Persekutuan. Pelancong akan semakin ramai masuk jika negeri ini diuruskan dengan baik dan kalau rakyat Langkawi beri mandat kita akan selesaikan masalah air,” ujarnya. - Getaran, 19 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad