web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan PRN Medan Benci Membenci - Khairuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 9:19PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin terasa tidak boleh dijadikan alasan untuk menyuburkan perilaku negatif termasuk saling membenci atau mengejek antara satu sama lain.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan tersebut, termasuk mempersendakan mana-mana pihak adalah haram dilakukan.

Menurut beliau, perilaku tersebut termasuk menerusi media sosial adalah perlakuan yang dikategorikan haram, malah gaji atau elaun diterima daripada tugasan berbentuk demikian juga jatuh dalam hukum sama.

“Dalam menghadapi Piliharanraya Negeri, perasaan benci-membenci disuburkan menerusi akaun-akaun palsu di media sosial.

“Bahkan, ada yang menggajikan pekerja dengan bayaran khas untuk menyebarkan kebencian di kalangan umat Islam dan rakyat menerusi akaun-akaun palsu di media sosial.
Rezeki sedemikian adalah haram dan usah dijenamakan sebagai jihad politik,” katanya.

Jelas Mohd Khairuddin, kemuncak fenomena ini ialah apabila ada yang tergamak mendoakan pemimpin negara segera meninggal dunia.

Bahang PRN tidak boleh dijadikan alasan untuk saling membenci - gambar hiasan
Bahang PRN tidak boleh dijadikan alasan untuk saling membenci - gambar hiasan

“Apabila diumumkan pemergian seorang pemimpin negara ke rahmatullah, ada pula secara terbuka membuat komentar biadap di media sosial.

“Sangat jauh daripada akhlak Rasulullah SAWyang mendoakan kebaikan kepada golongan Musyrikin yang menentang baginda (saw) sepertimana doa baginda buat kaum Daus,” katanya.

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, semua ilmuwan agama perlu terus memberi nasihat kepada umat agar menyuburkan perasaan kasih sayang dan ketepikan kebencian dalam berparti.

“Setiap parti boleh mengulas dan membentang manifesto, kejayaan pentadbiran sendiri dan mengkitik parti lawan pada idea dan pendekatan secara berfakta dan berakademik,  tanpa menyentuh peribadi lawan yang boleh menyuburkan kebencian.

“Politik kepartian perlu disuburkan dengan wacana ilmu tanpa persepsi dan damai tanpa permusuhan. Cukuplah umat ini terbelah kerana politik kepartian,” katanya.

Beliau menegaskan, naratif bernegara perlu diperbetulkan dengan memperakui Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai pemimpin utama negara dan negeri.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin utama dan negeri - gambar fail
Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin utama dan negeri - gambar fail

“Mereka semua adalah Melayu Muslim yang menjadi pemimpin dan wajib diberikan ketaatan dan kesetiaan dalam perkara makruf.

“Islam pula menjadi tonggak bernegara menerusi kedudukannya sebagai Agama bagi Persekutuan,” katanya.

Mohd Khairuddin menarik perhatian, persaingan antara parti hanyalah satuperlawanan bagi membentuk kerajaan yang mewakili Raja-raja Melayu mentadbir negara dan negeri.

“Siapa pun yang menang atau kalah dalam persaingan ini, tetaplah Raja-raja Melayu menjadi pemimpin utama negara dan negeri yang mesti diberikan ketaatan dan kesetiaan. Itulah intipati ajaran Islam.

“Membanteras kebencian mungkin berat bagi rakyat yang berpolitik kepartian kerana sudah lama diasuh sebegitu. Namun, seberat mana sekalipun tetap menjadi kewajipan pemimpin dan alim ulama dalam Islam menyebarkan politik kasih sayang,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ada Pihak Cuba Suburkan Sentimen Benci Raja, Mahu Malaysia Jadi Republik - Aktivis

3

Gaya 9 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global