web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Pihak Cuba Suburkan Sentimen Benci Raja, Mahu Malaysia Jadi Republik - Aktivis

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 3:58PM

Rakyat perlu bergantung kepada istana kerana institusi tersebut adalah payung utama negara - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada pihak dikesan cuba menyuburkan sentimen membenci Raja-Raja Melayu dalam kalangan rakyat.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, usaha berkenaan ironinya bukan digerakkan oleh DAP atau parti bukan Melayu.

Menurut beliau, gerakan tersebut sebaliknya dilakukan oleh golongan yang menggunakan slogan ‘Melayu Islam’.

“Umum tahu, feud antara Raja-Raja Melayu dan seorang Perdana Menteri terdahulu. Saya perhatikan penyokong taksub pemimpin ini sudah mulakan propaganda sama berdekad lama. Hasutan-hasutan halus membenci raja.

“Dihentam Raja-Raja (Melayu) tidak boleh meniaga. Raja-Raja (Melayu) kaya raya. Tetapi, golongan yang samalah selama ini menjarah harta negara,” katanya.

Liyana Marzuki - gambar fail
Liyana Marzuki - gambar fail

Tegas bekas peguam itu, anak-anak golongan berkenaan juga memiliki kekayaan dan berstatus jutawan.

“Kroni-kroni dia yang kaya raya, bukan Melayu juga. Taikun Cina dan India, yang lesen judi mereka dia bagi belaka. 

"Persoalannya, kenapa pemimpin ini yang terpaling guna sentimen Melayu, tetapi membenci Raja Melayu? Adakah dia nak kita jadi seperti Melayu Indonesia dan Afrika, hilang Raja dan hilang identiti bangsa? Soalan yang ini sampai sekarang saya tiada jawapannya,” katanya.

Jelas Liyana, satu golongan lagi sudah mula membuat gerakan rapi dan ia sebenarnya sudah berjalan sejak puluhan tahun lalu.

"Golongan yang nak mengangkat ulama, bukan Ulil Amri. Gerakan halus ini berpaksi Republik Syiah Iran. Moto dan modus operandi mereka sama. Perangai Syiah yang memerangi Raja. Kafir mengkafir sesama bangsa. Khawarij moden yang akan buat apa saja untuk kuasa. 

“Sekarang mereka menanam benih-benih benci dalam kalangan golongan muda. Kalau tak dibendung, jadilah kita seperti Iran. Dibuang Raja mereka, digulingkan pada tahun 1979. Menjadi Republik Syiah paling besar dalam dunia. Ayatollah/ Ulamak diangkat menjadi Raja baharu. Ini niat sebenar mereka, ramai yang tahu,” katanya.

Antara hasutan yang dikesan disebarkan untuk mengajak rakyat membenci raja - gambar Facebook
Antara hasutan yang dikesan disebarkan untuk mengajak rakyat membenci raja - gambar Facebook

Beliau menarik perhatian, rakyat perlu bergantung harap pada istana kerana institusi tersebut adalah payung utama tatkala negara berdepan krisis politik, yang melemahkan barisan kepemimpinan apabila semuanya saling berebut kuasa.

“Jadi kalau ada anasir menghasut membenci raja, tolonglah jangan bagi muka. Ambil tindakan tegas sekali. Jangan sampai orang muda termakan hasutan, tetiba bangkit kerana benci, dihasut oleh pemimpin politik, untuk Malaysia jadi republik.

“Ingat sejarah dunia, yang mengguling dan membunuh raja adalah kaum sendiri. Bukan orang lain. Hati-hati dengan serigala berbulu ayam. Dulu kita ada Raja Mendeliar dan Si Kitol. Mereka berlagak pejuang Melayu tetapi sebenarnya nak menyapu,” katanya.

Liyana memberi ingatan, ada juga dalam kalangan rakyat hari ini mendakwa diri mereka sebangsa walhal hakikatnya, jati diri sebagai Melayu telah lama luput dari jiwa.

“Dah jadi terpaling Arab pula. Kerja mereka menunggang agama. Menghasut golongan muda, mengangkat ulama dan gulingkan Raja. Selagi tak berkuasa, mereka akan menghasut sentiasa. 

“Negara dan bangsa ini dalam bahaya. Sedarlah sebelum terlambat. Jangan tersalah pilih tongkat,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

'Jangan Hasut Rakyat, Kerajaan Tidak Akan Bertolak Ansur!' - PM

2

Politik 1 tahun yang lalu

Jangan Jadikan PRN Medan Benci Membenci - Khairuddin

3

Politik 2 tahun yang lalu

Acap Kali Derhaka Kepada Raja, Benarkah PAS Pejuang Bangsa dan Agama?

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Istana Raja Yang Terbiar Usang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini