web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Jangan Hasut Rakyat, Kerajaan Tidak Akan Bertolak Ansur!' - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2023 7:46AM

Perdana Menteri ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani DUN Simpang Jeram - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak gentar dan terbuka untuk dikritik namun sebarang cubaan menghasut rakyat sehingga mencetuskan konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya tidak setuju Akta Hasutan dikenakan kepada yang kritik Perdana Menteri dan kerajaan tetapi kita tidak bertolak ansur jika ada yang cuba menghasut atau fitnah hingga sentuh isu 3R (Raja, Bangsa, Agama) … biar polis ambil tindakan.

“Kamu boleh kritik apa sahaja dan siapa pun…  tetapi jika kamu guna sentimen, hasut orang Melayu benci Cina, hasut orang guna agama tuduh orang lain kafir... saya tegaskan saya tidak akan bertolak ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Taman Uda Utama, Perling malam tadi.

Perdana Menteri dikerumuni orang ramai sewaktu hadir pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai - gambar BERNAMA
Perdana Menteri dikerumuni orang ramai sewaktu hadir pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai - gambar BERNAMA

Majlis turut dihadiri Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Johor Datu Onn Hafiz Ghazi dan calon PH bagi Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat.

Anwar, yang juga Pengerusi PH, berkata rakyat mesti menolak pihak yang cuma menggunakan politik kebencian dan ekstrimis.

Beliau berkata mereka menggunakan sentimen yang kononnya DAP menghalang Kerajaan Perpaduan bagi membantu rakyat khususnya Orang Melayu sedangkan parti itu sentiasa menyokong segala inisiatif untuk rakyat tanpa mengira kaum.

“DAP bersama PH, kalau DAP tolak Perlembangaan Persekutuan, kita lawan dia, kalau dia tak terima Islam sebagai agama Persekutuan, kita lawan… tapi sebaliknya mereka terima,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir negara berteraskan Ekonomi MADANI bagi menjaga kebajikan rakyat biarpun inisiatif yang diperkenal ditolak atau diperlekeh oleh pembangkang.

“Oleh kerana kita buat perubahan ini (dasar dan inisiatif bantu rakyat), mereka (pembangkang) tidak tahan… nak cakap kita (Kerajaan Perpaduan) tak buat kerja sedangkan mereka tahu kita buat kerja.

“Mereka boleh terus bermimpi untuk ambil alih kerajaan Persekutuan di saat Kerajaan Perpaduan terus jalankan kerja selamatkan negara dan rakyat berteraskan Ekonomi MADANI,” katanya.

Perdana Menteri mengangkat tangan calon PH bagi DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman - gambar Facebook
Perdana Menteri mengangkat tangan calon PH bagi DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman - gambar Facebook

Anwar turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus bertahan dalam tempoh satu penggal akan datang berdasarkan prestasi ekonomi dan kemasukan pelaburan asing baharu ke dalam negara.

Beliau berkata kejayaan yang dikecapi dalam tempoh lebih lapan bulan pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah hasil tumpuan tenaga seluruh parti dalam kerajaan.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi diadakan serentak dengan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang