web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 8:19PM

Wee Ka Siong - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -- MCA akan terus memberikan sokongan dan berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) walaupun memilih tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee yang turun berkempen untuk calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata MCA secara kolektif membuat keputusan tidak bertanding bagi memperkukuh parti serta menggilap bakat ahli mudanya sebagai persiapan berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Sementara itu katanya Reezal Merican adalah pemimpin terbaik untuk mewakili DUN berkenaan kerana beliau memahami masalah dan keperluan rakyat di situ.

"Pengalamannya sebagai menteri di dua kementerian sebelum ini juga membuatkan Reezal Merican arif dalam soal pentadbiran," katanya kepada Bernama.

Reezal Merican yang pernah mengetuai Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pada PRN Pulau Pinang.

Sementara itu di Kelantan, kempen calon BN bagi DUN Bunut Payong Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dibantu Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang juga Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan Chua Hock Kuan bersama ahli parti itu dalam kempennya.

Chua ketika ditemui di Kampung Telaga Bina berkata MCA turun padang membantu bagi memudahkan komunikasi antara calon dan pengundi dalam kalangan masyarakat Cina di DUN berkenaan.

"Kita mengumpul maklumat mengenai permasalahan yang dihadapi peniaga, ini bagi membolehkan peniaga yang tinggal di kawasan Bunut Payong khususnya dan Kota Bharu amnya dapat mengembangkan perniagaan menerusi bantuan geran atau pinjaman,” katanya.

Mohamed Hasnan berdepan persaingan satu lawan satu dengan calon PAS Shaari Mat Yaman pada PRN Kelantan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 10 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global