web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 8:08AM

Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Persiaran Karpal Singh malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN  - Politik negara yang stabil di bawah Kerajaan Perpaduan selain dasar ekonomi yang jelas telah berjaya menarik pelaburan asing ke Malaysia dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata perkara ini dibuktikan dengan beberapa pelaburan baharu dari luar negara seperti Tesla yang sudah menyatakan hasratnya untuk membuka ibu pejabat bagi rantau ini di Cyberjaya. 

"Syarikat (automotif China iaitu Zhejiang) Geely (Holding Group Co Ltd) saya jumpa di Beijing dan 10 hari sudah mereka tulis surat kepada saya dan setuju jadikan Tanjung Malim, Perak sebagai kota pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Asia tenggara untuk eksport ke luar negara, mereka melabur RM10 bilion," katanya semasa berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kampung Melayu di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng.

Anwar Ibrahim bersalaman bersama para penyokong - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim bersalaman bersama para penyokong - gambar BERNAMA

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, turut menafikan pelaburan oleh penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman, Infineon Technologies AG, dibawa masuk oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kulim, Kedah sebaliknya berkata ia adalah usaha Kerajaan Persekutuan.

"MB Kedah kata ‘saya yang bawa pelaburan itu kerana perbincangan dua tahun lepas,’ inilah masalah politik, saya nak bagi tahu dia yang Infineon jumpa saya dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bagitahu nak melabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim. 

"Ia projek Kerajaan Persekutuan… bulan sudah mereka kata nak melabur tapi belum tentu melabur di Malaysia kerana belum buat keputusan nak labur di mana, sama ada Amerika, Eropah dan negara lain tapi mereka tanya politik negara stabil atau tidak, saya jawab positif kita stabil dan kekal lima tahun lagi hingga pilihan raya akan datang.

"Empat hari lalu, mereka buat keputusan nak melabur di sini tapi MB Kedah kata dua tahun lepas dah bagitahu kat dia, dia boleh tengok kenyataan (ahli) lembaga (syarikat) yang memutuskan untuk melabur di Malaysia sebanyak EUR5 bilion empat hari lepas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

5 Tempat 'Healing' Menarik, Pilih Ikut Bajet Anda

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Tak Perlu Bawa Bekal Jika Ke Taiwan, Ada Banyak Restoran Halal

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 8 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar