web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: Polis Nasihatkan Calon Tidak Keluar Kenyataan Tanpa Bukti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 4:46PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) ketika meninjau proses undi awal sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Dewan D'Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Semua calon pilihan raya dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mendakwa menerima ugutan tanpa mempunyai sebarang bukti, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. 

Beliau berkata bagaimanapun, sekiranya mereka mempunyai maklumat dan bukti berkenaan, calon seharusnya menyalurkan terus kepada polis untuk memudahkan tindakan susulan diambil.

“Kalau ada maklumat salurkan kepada polis. Polis akan ambil tindakan. Ini bukan isu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Sesiapa pun (maklumkan kepada polis). Semua calon kalau ada maklumat mengenai ugutan, minta (bantuan) polis. Kita akan ambil tindakan.

“Jangan mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti yang mengatakan ada ugutan. (Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain) pun dah bagi komitmen untuk pastikan pilihan raya ini berjalan lancar kerana isu keselamatan di bawah polis,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan ugutan yang diterima Menteri Besar Kedah itu, selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.  

Semalam, Razarudin berkata Muhammad Sanusi yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Sabtu ini, mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis, justeru keselamatan pemimpin itu adalah terjamin.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata polis sekali lagi memberi amaran kepada mana-mana pihak khususnya calon yang bertanding supaya tidak memainkan isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum) dalam kempen PRN di enam negeri.

PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ayob Khan berkata sebanyak 518 laporan diterima polis Selangor berkaitan PRN dengan 20 kertas siasatan dibuka setakat 6 Ogos lepas dan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkenaan isu 3R sepanjang tempoh kempen PRN dilaksanakan.

Mengulas proses undian awal di Selangor hari ini, pihaknya yakin peratusan mengundi dalam kalangan anggota dan pegawai polis akan lebih tinggi dan tidak kurang daripada peratusan yang direkodkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu 97 peratus memandangkan semua arahan telah dikeluarkan untuk menjalankan tanggungjawab itu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang