web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 8:30AM

Mohd Hisyamuddin Ghazali - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecurian nadir bumi  (REE) di Kedah membuktikan bahawa negeri itu gagal ditadbir dengan baik oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, Sanusi jelas tidak kompeten menguruskan hasil bumi negeri itu hingga membawa kepada kecurian REE bernilai berbilion ringgit.

Menurut beliau, amat menyedihkan apabila rakyat Kedah menjadi mangsa atas semua kerosakan yang berlaku.

“Rakyat Kedah tidak dapat apa-apa kecuali debu, air sungai Jeneri dan Muda dicemari bahan kimia dari Perlombongan REE haram di atas bukit Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah.

“Sanusi banyak memberikan fakta salah, terutamanya apabila menafikan beliau tidak mengenali So Loi Fat,” katanya.

Muhammad Sanusi Md Nor gagal mentadbir Kedah dengan baik - gambar fail
Muhammad Sanusi Md Nor gagal mentadbir Kedah dengan baik - gambar fail

Mohd Hisyamuddin yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz memberitahu, kebenaran mengenai perkara itu akhirnya terbongkar menerusi salinan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Apabila salinan SSM didedahkan, sah Muhamad Sobri Osman merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) dilantik sebagai Ahli Lembaga PengarahProspek Suria Kedah Sdn Bhd pada 5 Mac 2021.

“Waktu itu Sanusi ialah Menteri Besar dan So Loi Fat adalah pemegang share terbesar,” katanya.

Sanusi juga tegasnya, membuka pekung sendiri apabila menyebut Ho Chung Ming sebagai pencuri REE sebenar, malah MBI dalam kenyataan media juga mendedahkan Ho Chung Ming membayar semua kompaun RM630,000 yang dikenakan kepada MBI.

“Tindakan ini menunjukan Sanusi dan MBI terjerat perangkap sendiri kerana Ho Chung Ming adalah antara 52 individu yang ditangkap melombong REE secara haram,

“Dia ditangkap bersama pekerja So Loi Fat yang dibawa dari China iaitu Huang Zhi Yi, Xie Jiang Reng dan  Chen Dong Lai,” katanya.

Syam Ghaz menarik perhatian, semua pembongkaran tersebut adalah punca Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Kedah itu ‘direhatkan’ daripada menghadiri beberapa acara baru-baru ini.

Pembongkaran dibuat Saifuddin Nasution Ismail menyebabkan Muhammad Sanusi Md Nor direhatkan - gambar Facebook
Pembongkaran dibuat Saifuddin Nasution Ismail menyebabkan Muhammad Sanusi Md Nor direhatkan - gambar Facebook

“Sepatutnya beliau hadir Ceramah Mega PN di Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani pada Ahad 6 Jun tetapi tidak hadir.

“YB (Yang Berhormat) Afnan Hamimi, Ahli Parlimen Alor Setar mengesahkan bahawa beliau tidak hadir atas arahan pimpinan PAS Pusat,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan PAS Pusat ‘merehatkan’ Panglima Perang mereka menunjukan parti itu kini dalam mood ‘defensive’ berhubung isu kecurian REE Kedah.

“Sebelum ini beliau (Sanusi) menafikan MBI Kedah mengambil pekerja dari China untuk melombong REE. Kemudian kantoi apabila viral salinan surat bertandatangan Sanusi dan surat MBI Kesah bertarikh 31 Mac 2021.

“Antara lain surat berkenaan  mememohon Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membawa masuk 10 pekerja profesional (termasuk So Loi Fat) dan 21 pekerja am (termasuk Huang Zhi Yi, Xie Jiang Reng dan  Chen Dong Lai),” katanya.

Syam Ghaz memberitahu, siri pembongkaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mutakhir ini sedikit sebanyak berhasil mendedahkan segala kepincangan dilakukan Sanusi.

“Datuk Seri Saifuddin mendedahkan, kenapa Jabatan Perhutanan Negeri Kedah masih membenarkan syarikat Ho Chung Ming masuk lagi ke Hutan Simpan 16 Mei 2023, walaupun sebelum ini ditangkap mencari REE.

“Sanusi terus membisu, hilang dan direhatkan dari bersuara kerana pendedahan Datuk Seri Saifuddin Nasution berkaitan REE adalah benar.
Moga rakyat Kedah dapat membuat pilihan yang terbaik, jangan menang sorak tapi kampung tergadai,” katanya.

Saifuddin Nasution Ismail terus aktif mendedahkan segala isu membabitkan Muhammad Sanusi Md Nor - gambar Facebook
Saifuddin Nasution Ismail terus aktif mendedahkan segala isu membabitkan Muhammad Sanusi Md Nor - gambar Facebook

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Kedah kebelakangan ini agresif membongkar pelbagai perkara berkaitan Sanusi.

Beliau turut mendedahkan sekeping foto memaparkan Sanusi bersama seorang rakyat China, yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam perlombongan haram.

Menerusi pendedahan itu, Saifuddin ternyata ‘mengotakan’ janji untuk untuk membuktikan segala dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Sanusi pada 2020 memiliki kaitan dengan seorang rakyat China dikenali sebagai So Loi Fat, yang dituduh menyeludup nadir bumi (REE) dari Kedah.

Menafikan bahawa ia adalah sebahagian daripada kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, Saifuddin memberitahu, ia adalah perjuangan demi menegakkan kebenaran. - Getaran, 9 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang