web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Peluang Kerajaan Perpaduan, Kestabilan Di Selangor Harus Diteruskan - Amirudin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 1:31PM

Amirudin Shari - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menemui kemuncaknya esok adalah detik penting kepada penentuan hala tuju kerajaan negeri, justeru ia wajar dimanfaatkan untuk memilih barisan pemimpin berwibawa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Tawaran Kita Selangor, Lima Tekad Lima Tahun yang dibentangkan 31 Julai lalu adalah satu komitmen dan iltizam Kerajaan Perpaduan untuk Selamgor buat tempoh lima tahun akan datang.

Menurut beliau, ia hadir dari ikhtiar dan fikiran mendalam serta murni untuk segenap pelusuk negeri.

“Atas faktor ini, saya dengan penuh tawaduk memohon rakyat negeri Selangor untuk memberikan kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan agar kita boleh meneruskan kestabilan, kecemerlangan dan usaha bakti ini.

“Dalam jangka masa 100 hari selepas kemenangan Kita Selangor nanti, Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor akan melaksanakan lima perkara yang diikhtiarkan dalam Tawaran Kita Selangor,” katanya menerusi Amanat Khas Menteri Besar hari ini.

Lima ribu wanita di Selangor akan menerima bantuan RM1,000 bagi mengurangkan kos penjagaan anak - gambar hiasan
Lima ribu wanita di Selangor akan menerima bantuan RM1,000 bagi mengurangkan kos penjagaan anak - gambar hiasan

Amirudin memberi jaminan, ia mencakupi pemberian berjumlah RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak.

Turut diberi perhatian katanya, ialah pengecualian cukai pintu bagi rumah kampung dan kos rendah.

“Seribu mahasiswa Selangor pula akan menerima baucar buku Kita Selangor bernilai RM200, manakala elaun imam, bilal dan siak turut dinaikkan.

“Tidak terpinggir daripada semua bantuan ini ialah 500 petani, pesawah dan nelayan yang akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000,” katanya.

Bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, keyakinan tersebut bukan bersandarkan kepada rasa angkuh tetapi didorong oleh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Selangor.

Lima ratus petani, pesawah dan nelayan akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000 - gambar fail
Lima ratus petani, pesawah dan nelayan akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000 - gambar fail

“Kita sedar bahawa untuk mengangkat Selangor dan rakyatnya ke suatu harakat yang lebih gemilang, perlunya kepada suatu kerajaan yang terbukti cekal menghadapi cabaran, terbukti cekap, terbukti tangkas dan terbukti berwibawa mengemudi kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat dan menawarkan solusi kepada perkara dan cabaran yang bakal dihadapi.

“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRN Selangor dan membentuk kerajaan negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat pada 14 Ogos iaitu pada Isnin depan,” katanya.

Rayunya, masa depan negeri berkenaan sepenuhnya terletak di tangan rakyat yang bakal menentukan langkah Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini atau gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN ini untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk negeri Selangor, negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Tegas Amirudin, demokrasi adalah wahana atau wasilah untuk memilih kerajaan dan pemimpin dikehendaki, justeru amanah mengundi harus dilaksanakan dengan baik serta penuh tanggungjawab.

“Kita harus menyingkirkan emosi dan ego ketika memilih pimpinan negeri. Jangan sesekali dipengaruhi rasa benci. Ini bukanlah zero-sum game. Janganlah kerana pilihan raya, kita menaruh dendam dan menanam benih kebencian. Janganlah kerana pilihan raya kita suudzon terhadap akidah saudara kita.

“Saya menghormati setiap pilihan rakyat. Itu hak anda. Hak sebagai warganegara. Kita semua warganegara Malaysia. Tiada seorang pun second class citizen. Sepertimana yang saya pernah tegaskan, no one will be left behind,” katanya.

Rakyat harus menyingkirkan emosi dan ego ketika memilih pimpinan negeri - gambar fail
Rakyat harus menyingkirkan emosi dan ego ketika memilih pimpinan negeri - gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, orang ramai boleh menyemak saluran mengundi masing-masing di laman MySPRSemak.

“Ayuh beramai-ramai kita raikan pesta demokrasi dengan menunaikan tanggungjawab mengundi pagi esok. Demi masa hadapan negeri Selangor yang tercinta, masa depan anak-anak dan generasi akan datang, undilah calon-calon PH dan BN.

“Undilah calon Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Selangor Darul Ehsan. Pilih gabungan yang telah menunjukkan prestasi dan pencapaian cemerlang sepanjang lima tahun ini mengatasi pelbagai krisis dan dugaan. Setiap undi dari anda adalah berharga.

“Undilah gabungan Perpaduan yang telah terbukti dan teruji. Kepada Allah SWT saya berserah dan memanjatkan doa, semoga dikurniakan kemenangan dan kejayaan demi rakyat dan negeri ini, Insya Allah,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad