web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pantau Sedekah Politik Di Saat Akhir Menjelang Hari Mengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 7:26PM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama orang ramai yang menghadiri Program Eksplorasi Belia di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta kesemua agensi penguatkuasa supaya memantau sebarang aktiviti 'sedekah politik' yang mungkin dilakukan pihak tertentu pada jam-jam terakhir menuju ke hari pengundian, esok.

Menurut Ahmad Zahid, terdapat maklumat menyatakan bahawa kegiatan terbabit akan dilakukan pihak lawan pada saat-saat terakhir, menjelang tempoh pengundian.

"Kita juga mendapat tahu bahawa pihak lawan akan memberikan sedekah politik. Saya menyarankan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau aktiviti mereka ini.

"Sebabnya kegiatan memberi sedekah politik ini adalah rasuah dan dilarang mengikut Akta SPR. Pengalaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), inilah yang dilakukan oleh Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kita harap ketiga-tiga agensi itu dapat memantau melalui pendekatan yang mereka sendiri tahu agar sedekah politik tidak dilakukan pihak yang satu lagi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri demikian dalam sidang akhbar selepas Program Eksplorasi Belia di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda di sini, hari ini.

Diminta mengulas kajian dilakukan badan pemikir, Ilham Centre yang meramalkan status quo atau 3-3 di enam negeri yang bakal melalui pilihan raya esok, Ahmad Zahid berkata kepimpinan Kerajaan Perpaduan akan terus melaksanakan langkah-langkah yang demokratik bagi memenangi hati pengundi.

"Analisis ini adalah kajian yang dibuat secara 'empirical' dan kita tahu ianya berstruktur. Tetapi pastinya dalam mana-mana kajian, ia tidak melibatkan setiap pengundi.

"Di saat akhir ini, kita akan terus lakukan langkah-langkah diperlukan. Perdana Menteri bersama kepimpinan kerajaan Perpaduan di enam negeri ini akan terus memperkasakan langkah yang sangat demokratik," katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, beliau enggan masuk campur mengenai keputusan Pas mengumumkan perubahan gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan sekiranya mereka menang di negeri itu, kerana perkara tersebut adalah hal dalaman parti berkenaan.

"Rakyat Kelantan khususnya mereka yang dimangsakan oleh watak Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Amar Nik Abdullah, menyebabkan kebencian kepada Nik Amar ini berada pada tahap maksimum.

"Baguslah kalau Nik Amar yang jadi 'poster boy' kali ini. Mudah-mudahan mereka akan 'ke laut'," katanya. - Getaran, 11 Ogos 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki