web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Sudah-Sudahlah, Saya Tak Buat Salah Pun' - Sanusi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 9:20PM

Muhammad Sanusi Md Nor - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengulangi pendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menayangkan kertas undi ketika menunaikan tanggungjawab itu, Sabtu lalu. 

Seolah-olah merayu media agar tidak memanjangkan isu tersebut, Sanusi yang baru mengangkat sumpah buat penggal kedua semalam berkata, sudah tiba masanya kisah berkenaan ditutup. 

"Hangpa (wartawan) diam-diam sudahlah, tutuplah cerita itu. Bukan ada salah apa pun. Hangpa cungkil-cungkil, itu dia jadi panas dan kemudian, Ketua Polis Negara terpaksa ambil tindakan.  

“Sebenarnya tak ada kesalahan pun kerana Seksyen 39 (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Bahagian VII) adalah berkaitan petisyen pilihan raya, bukan pamerkan ketika mengundi. Baca (undang-undang tersebut). Peguam, hakim semua saya rujuk. Dah, 'pi' baca," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di Kompleks City Plaza di sini. 

Muhammad Sanusi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan - gambar Rafisqi Radhi
Muhammad Sanusi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan - gambar Rafisqi Radhi

Sanusi terdahulu diminta mengulas kenyataan Tan Sri Razarudin Husain semalam, yang memaklumkan polis sedang melengkapkan siasatan terhadap dirinya atas dakwaan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dikatakan secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media, sewaktu mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Menurut Razarudin, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mungkin akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan. 

Jelas beliau, pegawai penyiasat sedang meneliti perkara itu dari segi perundangan. 

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, isu berkaitan kecurian REE tidak seharusnya hanya dihalakan ke Kedah kerana terdapat 59 tapak perlombongan haram lain di seluruh negara seperti dinyatakan sebelum ini. 

"Janganlah 'hangpa' tuju Kedah saja sedangkan 59 tempat lain 'hangpa' tak tanya pun. 'Pi' tanya Menteri Besar Perak, Pahang, Negeri Sembilan... 'Pi' tanya, jangan 'dok' tanya Kedah saja," katanya. 

Muhammad Sanusi (kanan) beramah mesra dengan peniaga selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah - gambar Rafisqi Radhi
Muhammad Sanusi (kanan) beramah mesra dengan peniaga selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, beliau memberitahu akan menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Khamis ini di Istana Anak Bukit, bagi mempersembahkan senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri untuk diangkat sebagai Exco. 

"Senarainya sudah ada tetapi tak bolehlah 'habaq' lagi. Kena persembah kepada Tuanku dulu, baru boleh habaq. 

"Saya pun susah nak pilih... Parti dah buat keputusan dan apabila saya terima, saya tapis sikit-sikit sebelum beri pandangan. Segalanya bergantung kepada perkenan Tuanku dan kalau baginda terima, Alhamdulillah. Tetapi kalau Tuanku minta tukar, kita tukarlah," katanya. - Getaran, 15 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka