web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amirudin MB Selangor Kali Kedua, Selesai Angkat Sumpah Pagi Tadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 12:32PM

Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah, pagi tadi. gambar Bahagian Korporat Pejabat SUK Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari menepati ramalan apabila mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, hari ini.

Istiadat berkenaan diadakan di Istana Alam Shah, di Klang bermula jam 11 pagi.

Amirudin yang segak berbaju Melayu serba hitam dan bertengkolok ikatan ‘Lang Patah Sayap’ selesai mengangkat sumpah sekitar jam 11.25 pagi tadi.

Beliau menerima perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyandang jawatan tersebut buat kali kedua, berkuatkuasa hari ini.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Amirudin, 43, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan G Suman (Bebas) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Beliau juga bertanggungjawab mengepalai jentera PH-Barisan Nasional (BN) untuk memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Kemenangan tersebut membolehkan PH-BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Amirudin kali pertama dilantik sebagai Menteri Besar pada 2018, menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipilih sebagai menteri Kabinet di peringkat Persekutuan.

Difahamkan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 2.30 petang hari ini. - Getaran, 21 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'