web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penulisan Gambarkan Adab Pemimpin, Minda Presiden Bukti Hadi Awang Gemar Menghukum

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minda dan peribadi seseorang pemimpin dapat dinilai melalui penulisan, gaya bahasa dan perkataan dipilih, malah ia turut menggambarkan adab dimiliki.

Atas faktor ini, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beradab itu menuntut mana-mana individu berakhlak dalam semua bidang termasuk penulisan.

Menurut beliau, pilihan perkataan dan gaya penyampaian sesuatu idea adalah lambang kepada adab dan karakter pemikiran dimiliki.

“Minda Presiden PAS melalui penulisan beliau pada 24 Ogos telah memahamkan kita hakikat adab seorang Presiden dari sebuah parti Islam  PAS dan karakter berfikirnya. Anda boleh membaca artikel yang saya maksudkan di FB beliau.

“Artikel bertajuk ‘PAN dan UMNO Menjadi Ghurka DAP’ sudah cukup melambangkan tabiat minda Presiden PAS yang suka melabel dan menghukum sesuka hati,” katanya.

Jelas Mujahid, penulisan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu dilatari dengan perenggan menjelaskan makna Ghurka, yang didakwanya setia dan sedia berkhidmat untuk tuannya selagi disuap dan diberi duit ringgit.

“Dia memulakan sesuatu yang palsu dengan mengharapkan rumusannya satu kebenaran, walhal Allah telah menyatakan dalam sebahagian Al Ra'd: 17, bahawa perkara batil dan palsu umpama buih yang hilang tidak ada faedah apa-apa, manakala yang benar kekal (berfaedah).

“Menuduh parti AMANAH (dengan sebutan PAN) sebagai ‘gurkha’ adalah sesuatu yang tidak berfaedah kerana ia satu kepalsuan. Bagaimana AMANAH sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Rahmatan Lil Alamin (roh ayat Al Anbiya 107), digurkhakan oleh Presiden PAS, sedangkan kepimpinan dan ahli AMANAH dipandu dengan dasar Rahmatan Lil Alamin dan tertakluk kepada perlembagaan parti dalam membuat keputusan,” katanya.

Tegas Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI) itu, AMANAH merangkul kepelbagaian di Malaysia dengan menerima konsep Muwathin atau warganegara yang merupakan satu keperluan Maslahah dalam Siyasah al Syarieyah.

“AMANAH juga sedar bahawa kepartian adalah ijtihad siyasi yang diharuskan kita berbeza pandangan dalam perkara furu', jauh sekali AMANAH mengambil sikap kepartian atas nama monopoli agama atau mengheret kepada persoalan akidah antara iman dan kufur justeru terjebak dalam soal takfiri politik,” katanya.

Kesal dengan pandangan Hadi, Mujahid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberitahu, AMANAH memperjuangkan hak umat Islam dalam kerangka perlembagaan dan memperbaiki kekurangan dengan merujuk piawan syarak sebagai panduan.

“Tulisan Minda Presiden PAS kali ini menampakkan adab sebenar di sebalik jubah dan serban. Adab menulis khususnya menuduh orang lain biarlah berbukti, jika tidak maka penulisan ini boleh difahami sebagai tuduhan fitnah yang jahat (fahishah).

“Adab menulis juga tidak boleh menimbulkan kebencian dengan membohongi fakta kepada pembaca seperti ‘menghalang pelaksanaan syariat’, ‘meninggalkan kemungkaran murtad’, ‘penafsiran perlembagaan ikut ilmu DAP’ dan pelbagai tuduhan tidak berasas supaya pembaca akan marah dan benci dalam perkara bida'ah politik PAS,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

4

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global