web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Setia’ Jadi Wadah DAP Sampaikan Mesej Perpaduan, Beri Nafas Baharu - Loke

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 9:04AM

Anthony Loke pada sesi rakaman semula 'Setia' yang diberi nafas baharu - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lagu ‘Setia’ akan diguna pakai untuk menyampaikan mesej perpaduan dibawa DAP, sesuai dengan status parti itu sebagai antara komponen utama Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, bait lagu berkenaan membawa pengertian mendalam untuk negara majmuk seperti Malaysia.

Menurut beliau, iklim politik semasa menyaksikan perpecahan meningkat dengan mendadak, justeru lagu berkenaan adalah wadah terbaik untuk disampaikan kepada rakyat.

“Lagu 'Setia' yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat tetap menjadi kegemaran peribadi saya sejak di bangku sekolah apabila ia dimasukkan sebagai sebahagian daripada perhimpunan mingguan.

“Mereka yang membesar pada tahun 1980an pasti mengenali lagu ini dengan baik dan saya rasa ia antara lagu patriotik terbaik pernah ditulis,” katanya.

Jelas Menteri Pengangkutan itu, lirik lagu berkenaan amat menepati kriteria pembinaan negara yang bersatu padu, dan amat sesuai jika digunakan sebagai mesej kepada rakyat.

“Saya menugaskan komposer tempatan untuk menyusun semula ‘Setia’ dan menghabiskan beberapa jam di studio rakaman bersama ahli parlimen DAP lain termasuk Hannah Yeoh, Steven Sim Chee Keong, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman  menghasilkan ‘Kitalah Malaysia - Setia (2023)’,” katanya.

Setia dicipta lebih tiga dekad lalu, atau secara tepatnya pada 1988 ketika UMNO yang pada ketika itu dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden dan Perdana Menteri berdepan pergolakan dalaman.

Didendangkan oleh Francissca Peter, ia memainkan peranan penting sebagai antara elemen sambutan Hari Kebangsaan pada tahun tersebut.

Membawakan mesej kesetiaan kepada raja, agama dan pemimpin, lagu berkenaan bagaimanapun bukan ciptaan Mohamed, sebaliknya digubah oleh bekas pengarah muzik RTM, Datuk Ahmad Dassilah.

Mohamed selaku Menteri Penerangan waktu itu ialah individu yang bertanggungjawab menghasilkan lirik lagu terbabit.

Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat melancarkan lagu Setia pada 1988 - gambar Facebook
Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat melancarkan lagu Setia pada 1988 - gambar Facebook

Allahyarham juga adalah individu yang melancarkan lagu berkenaan sebagai sebahagian daripada program ‘Setia Bersama Rakyat’ anjuran Kementerian Penerangan. - Getaran, 1 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini