web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Kuala Kangsar, Labuan, Giliran Gua Musang Pula ‘Masuk’ Kem Kerajaan

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:17AM

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim muncul sebagai wakil rakyat terkini dari blok pembangkang yang mengisytiharkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Menurut Mohd Azizi, keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti dan mendengar pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, matlamat utama belanjawan iaitu memangkin pemulihan ekonomi, di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia adalah faktor utama yang mendorong beliau membuat keputusan tersebut, berkuatkuasa malam tadi.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat, termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk dilaksanakan di Parlimen saya,” katanya.

Serentak dengan itu, Mohd Azizi yang mewakili BERSATU menjelaskan, beliau turut menyokong segala inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati BERSATU, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan Persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan,” katanya.

Terdahulu, dua wakil BERSATU, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, masing-masing menyandang portfolio Ahli Parlimen Kuala Kangsar serta Ahli Parlimen Labuan tampil menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Anwar.

Rentetan itu, kedua-duanya berdepan penggantungan selama empat dan enam tahun kerana dianggap melanggar peraturan perlembagaan parti.

Mereka memberikan kebajikan pengundi dan komuniti setempat sebagai faktor kedua-duanya berbuat demikian. - Getaran, 8 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad