web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Akan Tumbang Sebelum Habis Penggal, Saya Tahu Bila Akan Berlaku - Sanusi 

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 9:08PM

Muhammad Sanusi Md Nor (tengah) pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak akan mampu bertahan hingga penggal berakhir kali ini. 

Menegaskan perkara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, beliau secara peribadi tahu bila masanya kerajaan itu akan tumbang. 

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, Kerajaan Perpaduan yang didominasi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan tumbang disebabkan oleh peralihan sokongan. 

"Saya tahu (bila kerajaan Persekutuan tumbang) tetapi tak boleh habaq (beritahu). Perkara itu akan berlaku. 

"Siapa tak boleh tidoq (tidur) lena, mai  (datang) rumah saya. Saya nak jampi air sejuk secawan, Insya Allah boleh lena," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini. 

Ditanya sama ada peralihan kuasa itu akan berlaku pada tahun ini, Muhammad Sanusi mengiyakan sambil menzahirkan harapan agar perkara itu berlaku secepat mungkin. 

"Kalau boleh, bulan ini tetapi kalau minggu ini, lagi syok kerana rakyat Malaysia dah tertekan serta tak mampu menahan lagi... Apabila kita lempar perkara ini di tengah ramai, tak ada siapa membantah sebaliknya yang merasa gusar hanya seorang dua bakal hilang kuasa itu saja. 

"Rakyat menyambutnya dengan baik kerana mereka dah menyaksikan episod '22 bulan' (tempoh PH memerintah sebelum ini) berulang kembali. Campur tangan terhadap agama, tekanan kepada pihak lain yang tidak sealiran seolah-olah berlaku dengan lebih dahsyat serta ganas berbanding tempoh 22 bulan sebelum ini," katanya. 

Justeru dakwanya, rakyat akan bertepuk tangan sekiranya peralihan kuasa berlaku. 

"Tak ada siapa nak bantah melainkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan dua tiga orang menteri. Yang lain semua sokong dan tunggu nak bersorak saja sekarang ini," katanya.  

Muhammad Sanusi menambah, langkah peralihan kuasa itu sememangnya dibenarkan undang-undang serta Perlembagaan dan perkara itu tidak sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang bermasalah.  

"Kalau tindakan lima Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri digambarkan sebagai berperlembagaan dan bersandarkan demokrasi, maka tindakan sebaliknya juga (Ahli Parlimen Kerajaan sokong PN) sama sajalah. Kalau mereka boleh ambil lima, takkan nak marah jika kami ambil 10? 

"Ini proses biasa dalam demokrasi yang mana di pihak kami sentiasa mencuba manakala mereka bertahan. Macam lawan bola, takkan nak biar mereka saja jaringkan gol? Kami pun mestilah nak score juga," katanya. 

Beliau berkata, apa yang berlaku menampakkan kelompongan dalam Akta Lompat Parti dengan kelompongan itu telah ditunjukkan jalannya oleh pihak-pihak yang merealisasikan sokongan Ahli Parlimen PN kepada Perdana Menteri sebelum ini. 

"Yang menunjukkan jalan kepada kelompongan itu mereka, maka kami lalu sajalah. Ada orang bercakap mengenai 'Langkah Dubai' tetapi mungkin juga ini 'Langkah Chow Kit' kerana dibincangkan di Kuala Lumpur. Dubai itu mungkin hanya dummy saja.  

"Perkara ini nampaknya dah dibincangkan secara terbuka tetapi ada perkara yang saya tak boleh dedahkan, maka saya simpan sajalah. Benda itu (Kerajaan Perpaduan tumbang) akan berlaku dan mereka sendiri pun sedang yakin yang mereka akan jatuh... Mereka sedang menggelupur dan sebab itulah muka menteri itu semua pucat saja," katanya. - Getaran, 3 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang