web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Politik Negatif, Generasi Muda Perlu Berprinsip

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 9:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Generasi muda perlu mencorakkan perjalanan politik masing-masing untuk menjadi lebih bersih dan berintegriti, khusus membentuk norma baharu yang lebih positif.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan perlu dilakukan bagi memastikan dunia politik tidak lagi dipalit unsur negatif.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Instagram miliknya, Anwar berkata politik mutakhir ini mencatatkan imej yang sangat buruk di mata masyarakat dan tindakan diambil pemain arena itu adalah punca ia berlaku.

Menujukan hantaran itu kepada generasi muda, beliau yang juga Presiden PKR berkata, tindakan tidak bermoral segelintir ahli politik secara langsung membentuk pola pemikiran rakyat agar melihat mereka dari sudut negatif.

“Politik kini dipandang sebagai sebuah bidang yang sangat negatif oleh hampir semua lapisan masyarakat.

“Tindakan demi tindakan orang politik mutakhir ini sangat membentuk pola pemikiran masyarakat umumnya,” katanya.

Anwar, ketika ini menyandang tugas Ahli Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan bagaimanapun berkata, semua keributan berkenaan bukan berpunca dari karier itu sebaliknya dicetuskan prinsip dan nilai yang dibawa ahli politik terbabit.

“Nilai ahli politik itu sendiri yang mencemarkan (politik).

“Sewajarnya, kepada anak-anak muda mereka perlu memainkan peranan yang lebih baik dalam mencorak politik norma baharu yang lebih berprinsip dan berintegriti,” katanya. – Getaran, 16 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah