web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insiden Emas Ziyad: Warganet Kita Melampau?

Rentetan kontroversi pembatalan emas Ziyad Zolkefli yang membawa kepada pengecaman atlet Ukraine, Maksym Koval di sosial media.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 9:14AM

Gambar Fail Bernama

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 31 Ogos 2021 ketika negara menyambut Hari Merdeka ke-64, kontijen paralimpik negara mengukir sejarah baharu apabila atlet olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya melakar rekod dunia 17.94m dalam acara lontar peluru di Stadium Olimpik Tokyo.

Namun atas bantahan dan protes dari kem Ukraine, keputusan akhir lontar peluru F20 pada temasya Sukan Paralimpik 2020 itu dibatalkan oleh Badan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 iaitu ‘Gagal melaporkan diri ke bilik panggilan’.

Ziyad dikatakan lewat untuk sampai ke bilik panggilan bersama atlet Ecuador dan Australia. Keputusan ini menyebabkan rekod dunia yang dilakukan Ziyad tersebut terbatal serta merta dan pingat emas diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.35m lontaran. 

Rentetan kontroversi ini membawa kepada pengecaman kem paralimpik Ukraine oleh warganet Malaysia, sehingga ada antara mereka yang melampaui batas, menghina Maksym Koval iaitu orang kelainan upaya (OKU) yang mewakili negaranya dalam acara lontar peluru F20 tersebut.

Tangkapan layar dari Instagram @Maksym.Koval_official
Tangkapan layar dari Instagram @Maksym.Koval_official

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam ciapannya berpesan, Islam merupakan agama yang mengajar pengikutnya menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Seorang Muslim tidak sepatutnya berkelakuan kurang sopan, apatah lagi menyakiti OKU.

Sabda Rasulullah SAW:

ملعون من كمه أعمى عن الطريق

Maksudnya: "Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya"

Hadis ini menjadi pedoman buat umat Islam supaya membantu OKU agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain dari segi emosi dan fizikal.

Maka seorang Muslim tidak seharusnya menyakiti golongan ini melalui kata-kata atau perbuatan yang boleh menyakitkan mereka.

 (Lihat al-Tanwir Syarah al-Jami' al-Saghir: 9/569)

Maksym (tengah) merangkul emas bersama Oleksandr (kiri) dari Ukraine untuk perak dan Efstratios (kanan) dari Greece untuk gangsa. - Gambar: Instagram @Maksym.Koval_official
Maksym (tengah) merangkul emas bersama Oleksandr (kiri) dari Ukraine untuk perak dan Efstratios (kanan) dari Greece untuk gangsa. - Gambar: Instagram @Maksym.Koval_official

 

KESIMPULAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan kepada warganet yang menyakiti orang kelainan upaya, jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji. 

Sekalipun kecewa dan marah, tidak sepatutnya kita menghamburkan kata-kata kesat. Ingatlah, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh Allah SWT.

Semoga kita semua menjadi contoh teladan buat keluarga, masyarakat dan negara. Wallahua’lam. - Getaran, 3 September 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN